User manual - EXFR10_M29_FB (Malay (macrolanguage))

95
Lampiran
. Langkah Berjaga-Jaga Semasa Penggunaan Fungsi Wayarles
(Teknologi LAN Wayarles, Wayarles Bluetooth)
Operasi produk ini boleh menjejaskan atau mungkin terjejas oleh peranti berdekatan
yang menggunakan fungsi wayarles.
Pintasan penghantaran radio
Gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan menerima data boleh
dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti wayarles
Guna fungsi wayarles produk ini hanya mengikut arahan yang diterangkan dalam
manual ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan CASIO
COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi sebarang
kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Kemagnetan, cas elektrostatik, dan gangguan radio
Jangan guna produk ini berhampiran ketuhar gelombang mikro atau di tempat lain
yang menghasilkan kemagnetan, cas elektrostatik, atau gangguan radio. Penerimaan
gelombang radio mungkin terjejas dalam persekitaran tertentu.
Sila maklum juga bahawa peranti lain yang menggunakan jalur 2.4 GHz yang sama
seperti produk ini mungkin menyebabkan pengurangan kelajuan pemprosesan dalam
kedua-dua peranti.
Sambungan ke LAN awam
Produk ini tidak menyokong sambungan LAN wayarles dalam persekitaran LAN
wayarles awam.
Kawasan Penggunaan Sasaran
1)Fungsi LAN wayarles kamera ini disediakan untuk penggunaan di negara dan kawasan
geografi di bawah.
Hong Kong, Singapura, Thailand, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Paraguay, Venezuela,
Panama, Jerman, Austria, Perancis, Belanda, Sepanyol, Itali, Sweden, Denmark,
Slovakia, Poland dan Norway
2)Kelulusan untuk penggunaan menurut peraturan radio di negara dan kawasan geografi
di bawah diberikan hanya apabila kamera dibeli di negara atau kawasan geografi
tersebut.
Taiwan, Indonesia, Malaysia dan Korea Selatan
. Peringatan Lain
Kamera mungkin menjadi panas semasa digunakan. Ini perkara biasa dan tidak
bermakna kerosakan.