(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)

112
Lampiran
. Kanta
Jangan kenakan tekanan yang kuat semasa membersihkan permukaan kanta.
Perbuatan itu boleh mencalarkan permukaan kanta dan menyebabkan kerosakan.
Kadang kala anda mungkin terlihat beberapa herotan pada jenis imej tertentu,
seperti bengkok sedikit di garisan yang sepatutnya lurus. Ini adalah kerana sifat
kanta tersebut dan tidak bermakna kamera telah rosak.
. Menjaga kamera anda
Jangan sekali-kali menyentuh kanta menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan
benda asing lain pada kanta boleh mengganggu pengendalian kamera yang betul.
Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan kanta dan tetingkap
denyar bebas daripada kotoran dan debu, dan lap dengan perlahan menggunakan
kain lembut yang kering.
Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering.
. Menutup penutup [CARD] atau penutup [USB] kamera
Apabila menutup penutup, tekan dengan ibu jari anda di
sebelah kiri dan kanan, dengan tekanan yang sama.
Menekan pada salah satu hujung dengan satu tangan
saja dapat membuat penutup tidak menutup sepenuhnya
dan membuat hujung lainnya berada di luar posisi.
. Langkah Berjaga-jaga Semasa Menggunakan Fungsi Tanpa Wayar
(LAN Tanpa Wayar, Teknologi Bluetooth Tanpa Wayar)
Pengendalian produk ini mungkin menjejaskan atau mungkin terjejas oleh peranti
berdekatan yang menggunakan fungsian tanpa wayar.
Pintasan penghantaran radio
Gelombang radio yang digunakan untuk menghantar dan menerima data boleh
dipintas oleh pihak ketiga.
Akses tidak sah
CASIO COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab
sekiranya berlaku akses tidak sah dan/atau penggunaan titik akses produk ini jika
produk hilang atau dicuri.
Guna sebagai peranti wayarles
Gunakan fungsi wayarles produk ini hanya seperti yang diterangkan dalam manual
ini. Sebarang penggunaan lain adalah penggunaan yang salah, dan CASIO
COMPUTER CO., LTD. dalam apa cara pun tidak bertanggungjawab bagi sebarang
kerosakan yang berlaku kerana penggunaan yang salah.
Penutup [CARD] atau
penutup [USB]