(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)
40
Merakam Imej
Kamera mempunyai pelbagai mod rakaman yang berlainan.
1. Dalam mod RKM, sentuh “ ” (Tunjukkan
Ikon).
2. Sentuh ikon mod rakaman.
3. Sentuh ikon pada mod rakaman yang anda
ingin gunakan.
Ini memasuki mod rakaman yang dipilih.
Memilih Mod Rakaman
Auto
Mod Rakaman Auto Standard. Ini adalah mod yang biasa
digunakan untuk merakam (halaman 33).
PRO Auto
Premium
Dengan rakaman PRO Auto Premium, kamera akan
menentukan secara automatik sama ada anda sedang
merakam suatu subjek atau pemandangan dan keadaan
lain. Rakaman PRO Auto Premium memberikan kualiti
imej yang lebih baik berbanding mod rakaman Auto
standard (halaman 33).
Õ Kelajuan
Tinggi CS
CS Kelajuan Tinggi membolehkan anda merakam letusan
30 imej (halaman 41).
Art Shot
Pelbagai kesan artistik membantu menukar subjek harian
biasa tampak lebih baru dan jadi lebih menarik
(halaman 42).
Ikon mod rakaman