(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)

45
Merakam Imej
Antigoncang digunakan mengikut tetapan kamera semasa. Bagaimanapun,
antigoncang imej tidak digunakan.
Persediaan rakaman semasa, termasuk zum, tidak boleh diubah semasa merakam
dengan fungsi ini.
Imej Semak dipaparkan hanya apabila “Jenis 1” dipilih sebagai jenis imej Semak
(halaman 60).
Jika bateri kamera mati semasa operasi Rakaman Selang Masa, operasi akan
ditamatkan. Jika bateri pengawal mati, ia tidak menjejaskan operasi yang berjalan.
Untuk menghentikan operasi Rakaman Selang Masa dalam keadaan ini, tekan dan
tahan [p] (Kuasa) pada kamera.
Jika anda menjalankan operasi kamera manual atau jika kamera bukan dalam
keadaan tidur semasa operasi Rakaman Selang Masa mencapai selang masa
rakaman, rakaman bagi Rakaman Selang Masa untuk selang masa itu akan
dilangkau.
Menekan butang [p] (Kuasa) pengawal semasa kamera bukan dalam keadaan
tidur akan menyebabkannya kembali pada keadaan tidur dan memulakan semula
operasi Syot Kilat Selang Masa.
Tetapan lalai asal bergantung kepada pemandangan yang dipilih.
Jika anda mengubah sebarang tetapan, ia dikekalkan apabila anda mematikan
kamera. Untuk memulihkan tetapan lalai asal, laksanakan operasi set semula
(halaman 99) untuk mengeset semula kamera.
Beberapa persekitaran tertentu boleh menyebabkan selang masa rakaman
menjadi lebih panjang daripada biasa.