(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)

64
Melihat Syot kilat dan Filem
9. Sentuh “Ya”.
Ini mencipta dan menyimpan Filem Sorotan, dan memaparkannya pada skrin
monitor.
Menyentuh “Batal” semasa penciptaan Filem Sorotan sedang berlangsung
akan menghentikan penciptaan Filem Sorotan. Tiada filem disimpan sekiranya
anda menghentikan penciptaan Filem Sorotan.
Imej yang skor sorotannya ialah “0” tidak pernah termasuk dalam Filem Sorotan.
Filem Sorotan ialah filem berkualiti Full HD, dengan nisbah bidang 16:9. Jika imej
dengan nisbah bidang bukan 16:9 dimasukkan ke dalam Filem Sorotan, bahagian
atas dan bawah imej akan dipangkas sewajarnya.
Jika imej berorientasi potret dimasukkan ke dalam Filem Sorotan, akan terdapat
jalur hitam pada bahagian kiri dan kanan imej.
Apabila terdapat sejumlah lebih daripada 9,999 syot kilat dan fail filem yang
dirakam pada tarikh yang sama, Filem Sorotan akan memilih foto dan filem
daripada fail bernombor 1 hingga 9999.
Bergantung kepada bilangan fail dan faktor lain apabila Filem Sorotan sedang
dicipta, operasi penciptaan mungkin akan mengambil sedikit masa.
Hanya filem berkualiti Full HD yang telah dirakam dengan kamera ini atau dengan
kamera CASIO EX-FR10 boleh digunakan dalam Filem Sorotan. Walaupun filem
telah dirakam dengan kamera ini, ia tidak boleh digunakan dalam Filem Sorotan
sekiranya ia berkualiti HS240 atau STD.