(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)

67
Melihat Syot kilat dan Filem
Fungsi ini menghasilkan Filem Selang Masa sehingga 10 minit dengan
menggabungkan syot kilat dengan kamera pada tarikh tertentu, dalam urutan ia
ditangkap.
1. Dalam mod MAIN, sentuh ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh ikon ” (Edit).
3. Sentuh ikon “ ” (Selang Masa).
Menyentuh “ ” akan memaparkan penerangan yang terperinci mengenai
fungsi pengeditan. Kuis ke atas dan ke bawah pada skrin monitor sehingga
“Selang Masa” dipaparkan dan kemudian sentuh ikonnya.
4. Pilih bagaimana imej harus dipilih untuk penukaran kepada Filem
Selang Masa.
5. Sentuh “¥”.
6. Sentuh item dan kemudian tukar tetapannya.
7. Selepas anda menetapkan tetapan yang anda mahukan, sentuh
(Kembali) untuk kembali ke skrin pada langkah 5.
8. Guna (sentuh) anak panah atas dan bawah (“ ”, “ ”) untuk
memaparkan tarikh rakaman atau Rakaman Selang Masa imej yang
mahu digunakan untuk menghasilkan Filem Selang Masa.
9. Sentuh “Ya”.
Ini menghasilkan dan memaparkan Filem Selang Masa.
Menyentuh “Batal” semasa penciptaan Filem Selang Masa sedang
berlangsung akan membatalkan proses penciptaan.
Menghasilkan Filem Selang Masa (Selang Masa)
Tarikh Hasilkan Filem Selang Masa untuk tarikh tertentu.
Kumpulan Selang
Masa
Hasilkan Filem Selang Masa untuk kumpulan imej
Rakaman Selang Masa (halaman 43).
Kelajuan Main
Semula
Menentukan masa main semula setiap imej. Memilih
“Perlahan” akan menetapkan masa main semula lebih
lama bagi setiap imej, manakala “Pantas” menetapkan
masa main semula lebih singkat.
Muzik Pilih muzik latar yang anda mahu gunakan.