(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)
68
Melihat Syot kilat dan Filem
• Filem Selang Masa ialah filem berkualiti Full HD, dengan nisbah bidang 16:9. Jika
imej dengan nisbah bidang bukan 16:9 dimasukkan ke dalam Filem Selang Masa,
bahagian atas dan bawah imej akan dipangkas sewajarnya.
• Jika imej berorientasi potret dimasukkan ke dalam Filem Selang Masa, jalur hitam
akan muncul pada bahagian kiri dan kanan imej.
• Sekiranya imej terlalu banyak, fungsi ini akan berhenti memproses apabila Filem
Selang Masa mencapai tempoh 10 minit. Imej seterusnya tidak akan ditukar
menjadi Filem Selang Masa.
• Foto Sorotan tidak termasuk dalam Filem Selang Masa.
• Bergantung kepada bilangan fail dan faktor lain apabila Filem Selang Masa sedang
dicipta, operasi penciptaan mungkin akan mengambil sedikit masa.