(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)
76
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
• “Hantaran Auto” (halaman 80) akan dihidupkan selepas anda mengkonfigurasi
tetapan sambungan wayarles pada kamera atau telefon pintar.
• Selepas kamera dipasangkan, operasi teknologi wayarles Bluetooth akan
menggunakan kuasa bateri walaupun ketika kamera dimatikan. Kerana itu, anda
disarankan supaya mengecas bateri kamera sebelum anda merancang untuk
menggunakannya.
. Telefon pintar yang tidak menyokong Bluetooth Smart
Konfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles (input SSID kamera dan kata
laluan).
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Sentuh “Rakam dengan telefon”.
3. Sentuh “Mula”.
Ini akan mendayakan sambungan dengan telefon
pintar dan kamera akan memaparkan skrin untuk input
SSID dan kata laluan, serta lampu sambungan LAN
wayarles kamera akan berkelip biru.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan “SSID” dan “Kata laluan”
kamera.
Apabila telefon pintar membuat sambungan LAN wayarles dengan kamera,
lampu sambungan LAN wayarless menyala biru dan mesej “Mulakan aplikasi
telefon.” muncul pada skrin monitor pengawal. Seterusnya, mulakan aplikasi
pada telefon.
• Apa yang anda perlu lakukan untuk mewujudkan sambungan LAN wayarles
bergantung kepada jenis telefon pintar yang anda gunakan. Untuk maklumat
lebih lanjut tentang bagaimana mewujudkan sambungan LAN wayarles, lihat
dokumen pengguna yang dibekalkan dengan telefon pintar anda.
• SSID (yang tidak boleh diubah) dan kata laluan (lalai asal) kamera ditunjukkan
di bawah.
SSID: FR100-XXXXXX (ID abjad angka 6 aksara)
Kata laluan: 00000000
• Anda juga boleh menggunakan prosedur di bawah untuk mewujudkan sambungan
LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
Matikan kamera.
Pada kamera, semasa menekan [0] (Filem), tekan dan tahan [p] (Kuasa) kira-
kira satu saat.
Lampu sambungan LAN wayarles kamera akan berkelip biru.
Pada telefon pintar, pilih SSID kamera.
SSID
Kata laluan