(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)

88
Menggunakan Kamera dengan Komputer
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 93.
Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin komputer
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Melihat imej CS dan syot selang masa pada komputer akan memaparkan
secara berasingan imej komponen dalam kumpulan. Imej CS dan rakaman
selang masa tidak boleh dilihat sebagai kumpulan pada komputer.
Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke komputer anda dan kemudian
dwiklik fail filem. Sesetengah sistem pengendalian mungkin tidak dapat memainkan
semula filem. Jika ini berlaku, anda perlu memasang perisian yang ada secara
berasingan.
Dengan Windows 10, Windows 8.1, Windows 8 dan Windows 7, main semula
disokong oleh Windows Media Player 12.
Jika anda tidak dapat memain semula filem, pergi ke URL di bawah untuk memuat
turun QuickTime 7 atau lebih tinggi dan pasangkannya pada komputer anda.
https://www.apple.com/quicktime/
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah persekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu
daripada persekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh mengganggu main semula
filem.
. Peringatan Main Semula Filem
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras komputer anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Berhentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan berhentikan aplikasi
residen.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Windows 10, Windows 8.1, Windows 8, Windows 7,
Windows Vista
CPU : Kualiti Imej “Full HD”: Core 2 Duo 3.0 GHz atau lebih tinggi
Kualiti Imej “STD”, “HS240”: Pentium 4 3.2 GHz atau lebih
tinggi
Perisian yang Diperlukan : QuickTime 7 atau lebih tinggi (Tidak diperlukan dengan
Windows 10, Windows 8.1, Windows 8 dan Windows 7.)