(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)
90
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan
fail
1. Matikan kamera dan kemudian
gunakan kabel USB mikro
yang disertakan bersama
kamera untuk
menyambungnya ke
Macintosh anda.
• Untuk butiran tentang
menyambungkan kamera dan
langkah berjaga-jaga apabila
menyambungkan, lihat
halaman 23.
2. Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
Apabila anda menghidupkan kamera, semak untuk pastikan yang warna lampu
operasi kamera bertukar daripada merah kepada hijau atau ambar (halaman 23).
Ambil maklum bahawa dalam kes ini skrin monitor akan kekal kosong.
Dalam mod ini, Macintosh anda mengenali kad memori yang dimuat dalam
kamera (atau memori terbina dalam kamera jika ia tidak dimuatkan dengan kad
memori) sebagai pemacu. Rupa ikon pemacu bergantung pada versi Mac OS
yang anda gunakan.
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke Macintosh anda menggunakan
kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
3. Dwiklik ikon pemacu kamera.
4. Seret folder “DCIM” ke folder yang anda mahu menyalinnya.
5. Setelah operasi salin selesai, seret ikon pemacu ke Trash.
6. Putuskan sambungan kamera daripada komputer.
Selepas salinan atau dialog kemajuan bacaan pada skrin komputer menunjukkan
bahawa proses telah selesai, tutupkan imej yang terpapar dan putuskan
sambungan kabel USB.
USB
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)
Port [USB]