(Kamera: Ver. 1.00 dan 1.10, Pengawal: Ver. 1.00 dan 1.10)

91
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk melihat imej yang disalin
1. Dwiklik ikon pemacu kamera.
2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya.
3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 93.
Imej yang telah diputar pada kamera akan dipaparkan pada skrin Macintosh
anda dalam penghalaan asalnya (tak diputar).
Untuk main semula filem, mula-mula salinnya ke Macintosh anda dan kemudian
dwiklik fail filem.
. Keperluan Sistem Komputer Minimum untuk Main Semula Filem
Keperluan sistem minimum yang diterangkan di bawah adalah perlu untuk memain
semula filem yang direkod dengan kamera ini pada komputer.
Di atas adalah persekitaran sistem yang disarankan. Mengkonfigurasi satu
daripada persekitaran ini tidak menjamin pengendalian yang betul.
Tetapan tertentu dan perisian lain yang dipasang boleh mengganggu main semula
filem.
. Peringatan Main Semula Filem
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah model
Macintosh. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Matikan aplikasi lain yang sedang berjalan.
Pastikan mengalih data filem ke cakera keras Macintosh anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Memainkan Filem
Sistem Pengendalian : Mac OS X 10.5 atau lebih tinggi
Perisian yang Diperlukan : QuickTime Player (dipasang pada komputer)