(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)

110
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad
Memori
Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin
folder DCIM dan semua kandungannya. Cara yang baik untuk menjejaki beberapa
salinan folder DCIM ialah dengan menukar namanya kepada tarikh atau sesuatu
yang serupa setelah anda menyalinnya ke komputer anda. Namun jika nanti anda
memutuskan mengembalikan folder DCIM ke kamera, pastikan menukar namanya
kembali ke DCIM. Kamera direka untuk mengenali hanya fail akar dengan nama
DCIM. Ambil perhatian bahawa kamera juga tidak akan dapat mengenal folder
dalam folder DCIM melainkan ia mempunyai nama yang dipunyainya dulu ketika
anda menyalinnya daripada kamera ke komputer anda.
Folder dan fail mesti disimpan mengikut “Struktur Folder Memori” ditunjukkan di
halaman 109 untuk kamera mengenali mereka dengan betul.