(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)

153
Lampiran
Mesej Paparan
Capaian tamat
masa. Sambungan
terputus.
Muncul apabila sambungan tidak dapat dibuat menggunakan
telefon pintar.
Bateri lemah. Mesej ini muncul apabila bateri kamera atau pengawal mati.
Sambungan
kamera terputus.
Kuasa akan
dimatikan.
Sambungan Bluetooth antara kamera dan pengawal tidak
dapat dilakukan atau dikekalkan (halaman 151).
RALAT Kad
Ada masalah dengan kad memori. Matikan kamera,
keluarkan kad memori dan kemudian masukkannya semula
ke dalam kamera. Jika mesej ini muncul semula apabila
anda menghidupkan kamera, format kad memori (halaman
115).
Memformat kad memori akan memadam semua failnya.
Sebelum memformat, cuba pindahkan fail yang telah
didapatkan balik ke komputer atau peranti simpanan lain.
Tidak boleh
merakam dengan
kedua kamera.
Merakam secara serentak dengan dua kamera di Mod
Kamera Berbilang adalah mustahil kerana kapasiti memori
tidak mencukupi atau kerana folder tidak boleh diwujudkan.
Jika anda mahu merakam lebih lagi, padam fail yang anda
tidak perlukan lagi daripada kamera berkenaan (halaman 38).
Fail tidak dapat
disimpan kerana
bateri lemah.
Kuasa bateri kamera rendah, jadi fail imej tidak dapat
disimpan.
Folder tidak dapat
dibuat.
Anda cuba merakam fail tetapi sudah ada 9999 fail disimpan
dalam folder ke-999. Jika anda mahu merakam lagi, padam
fail yang anda tidak perlukan (halaman 38).
Memori Penuh
Memori penuh dengan imej yang anda rakam dan/atau fail
yang disimpan oleh operasi penyuntingan. Padam fail yang
anda tidak perlukan lagi (halaman 38).
Terlampau panas.
Kuasa akan
dimatikan.
Fungsi perlindungan kamera mungkin telah diaktifkan kerana
suhu kamera dan/atau pengawal terlalu tinggi.
Matikan kuasa dan tunggu sehingga kamera atau pengawal
sejuk sebelum cuba menggunakannya sekali lagi.
Beberapa masalah
berlaku.
Membatalkan
rakaman selang
masa.
Rakaman Selang Masa dibatalkan kerana kapasiti memori
tidak mencukupi atau kerana folder tidak boleh diwujudkan.
Jika anda mahu merakam lebih lagi, padam fail yang anda
tidak perlukan (halaman 38).