(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)

36
Asas Mula Pantas
. Merakam dengan PRO Auto Premium
Sesetengah item menu tidak tersedia semasa PRO Auto Premium sedang
digunakan (halaman 52).
Selain kelajuan pengatup dan kepekaan ISO, kamera secara automatik melakukan
operasi berikut mengikut keperluan apabila merakam dengan PRO Auto Premium.
Fokus Auto biasanya dilakukan sehingga anda menyentuh skrin monitor.
Kamera secara automatik menentukan titik fokus pada skrin dan memfokus di
situ.
Apabila merakam dengan PRO Auto Premium, mesej “Memproses Auto Premium.
Sila tunggu...” mungkin muncul di skrin monitor. Jika anda rasa kamera mengambil
masa terlalu lama untuk memproses data, cuba merakam dengan Auto standard
pula.
Dalam sesetengah kes, PRO Auto Premium mungkin tidak dapat mentafsir
persekitaran rakaman dengan betul. Jika ini berlaku, rakam dengan Auto standard.
Jika “HS” dipaparkan, kamera akan merakam satu siri imej CS dan
menggabungkannya menjadi satu imej akhir. Berhati-hati supaya tiada sebarang
pergerakan kamera dan subjek sehingga rakaman semua imej CS selesai.