(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)
64
Melihat Syot kilat dan Filem
Anda boleh ubah tetapan kamera untuk memilih syot kilat dan sorotan filem secara
automatik dan membuat filem daripadanya. Imej yang dimasukkan dalam Filem
Sorotan dipilih secara automatik berdasarkan skor sorotan dan maklumat keadaan
rakaman yang dirakam bersama dengan imej.
• Anda boleh menggunakan fungsi Skor Sorotan (halaman 67) untuk menukar skor
sorotan syot kilat.
• Masa dan kesan main semula yang terpakai pada Filem Sorotan ditentukan secara
automatik berdasarkan maklumat keadaan rakaman yang dirakam bersama
dengan imej yang termasuk di dalam filem dan skor sorotannya (+1 atau 0).
1. Dalam mod MAIN, sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
2. Sentuh ikon “ ” (Edit).
3. Sentuh ikon “ ” (Filem Sorotan).
• Menyentuh “ ” akan memaparkan penerangan yang terperinci mengenai
fungsi pengeditan. Kuis ke atas dan ke bawah pada skrin monitor sehingga
“Filem Sorotan” dipaparkan dan kemudian sentuh ikonnya.
4. Pilih bagaimana imej harus dipilih untuk penukaran kepada Filem
Sorotan.
5. Sentuh “¥”.
6. Sentuh item dan kemudian tukar tetapannya.
7. Selepas anda menetapkan tetapan yang anda mahukan, sentuh
“ ” (Kembali) untuk kembali ke skrin pada langkah 5.
8. Sentuh “ ”, “ ” untuk memilih tarikh atau Rakaman Selang Masa
yang anda mahu untuk mencipta Filem Sorotan, dan kemudian
sentuhnya.
Mencipta Filem Daripada Imej Sehari (Filem Sorotan)
Tarikh Imej dipilih daripada syot tersebut pada tarikh tertentu.
Kumpulan Selang
Masa
Imej dipilih daripada imej dalam kumpulan imej Rakaman
Selang Masa (halaman 44).
Masa Main Maks Nyatakan masa main semula Filem Sorotan.
Muzik Pilih muzik latar yang anda mahu gunakan.