(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)

87
Menggunakan Dua Kamera pada Masa yang Sama
(Mod Kamera Berbilang)
Selain daripada kamera yang dilengkapi dengan pengawal, anda juga boleh
mendaftar model kamera di bawah pada pengawal.
Kamera EX-FR100* atau EX-FR200
* Kemas kini perisian tegar kamera ke versi terkini.
Lakukan langkah-langkah di bawah pada kamera kedua sebelum mencuba untuk
mendaftarnya pada pengawal.
1. Caskan bateri kamera (halaman 20).
2. Sediakan kad memori untuk kamera (halaman 31).
Untuk menggunakan kamera kedua, anda perlu mendaftarnya pada pengawal.
. Untuk mendaftar kamera kedua pada pengawal
1. Jika ada kad memori dimuatkan dalam kamera kedua, keluarkannya.
2. Pada skrin utama, sentuh tab “¥ Sediakan”.
3. Sentuh “Berpasangan Multi”.
4. Sentuh “Tambah”.
5. Sentuh “Mula” untuk memulakan pendaftaran
kamera.
6. Sambil menekan dan menahan butang pengatup kamera yang anda
mahu daftarkan, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama sekurang-
kurangnya satu saat.
Ini akan menyebabkan lampu operasi berkelip dengan warna oren untuk
menunjukkan bahawa pendaftaran kamera telah bermula.
Apabila kamera berjaya didaftarkan, mesej muncul dan kemudian skrin Imej
Berbilang muncul.
Menyediakan Kamera Kedua untuk Didaftarkan pada
Pengawal
Mendaftar Kamera Kedua pada Pengawal