(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)

91
Menggunakan Dua Kamera pada Masa yang Sama
(Mod Kamera Berbilang)
. Keluar daripada Mod Kamera Berbilang
Keluar daripada Mod Kamera Berbilang pada bila-bila masa yang anda mahu
gunakan pengawal dengan kamera tunggal.
1. Sentuh “ ” pada skrin.
2. Sentuh skrin kamera yang anda mahu gunakan.
Ini akan keluar daripada Mod Kamera Berbilang dan memaparkan imej kamera
yang dipilih di atas.
Pengawal ini akan memutuskan sambungan daripada kamera lain (yang anda
tidak pilih di atas).
Mematikan kamera semasa berada dalam Mod Kamera Berbilang akan
menyebabkan kamera yang diputuskan sambungan daripada pengawal dan
secara automatik akan menyebabkan pengawal untuk keluar daripada Mod
Kamera Berbilang. Pada masa ini skrin monitor akan memaparkan imej kamera
yang masih dihidupkan.
Mewujudkan penyambungan USB antara kamera yang disambungkan dan
komputer (halaman 101) semasa berada dalam Mod Kamera Berbilang secara
automatik akan menyebabkan pengawal untuk keluar daripada Mod Kamera
Berbilang. Selepas itu, skrin monitor akan memaparkan imej kamera lain.