(Kamera: Ver. 2.01, Pengawal: Ver. 2.00)
93
Menggunakan Dua Kamera pada Masa yang Sama
(Mod Kamera Berbilang)
• Merakam serentak dengan kedua-dua kamera tidak boleh dilakukan semasa
mana-mana kamera sedang merakam filem.
. Merakam dengan Kamera Tunggal
Anda boleh menggunakan operasi di bawah untuk merakam pada mana-mana
kamera semasa melihat imej kedua-duanya pada skrin Imej Berbilang.
Untuk merakam syot kilat
1. Tekan butang pengatup Kamera 1 atau Kamera 2.
Ini merakam syot kilat pada kamera yang butang pengatup ditekan oleh anda.
Untuk merakam filem
1. Tekan butang [0] (Filem) Kamera 1 atau Kamera 2.
Ini memulakan rakaman pada kamera yang butang pengatup ditekan oleh anda.
Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman.
. Rakaman Selang Masa dengan Dua Kamera
Gunakan prosedur di bawah untuk melaksanakan operasi Rakaman Selang Masa
dengan dua kamera.
1. Sentuh “ ”.
Ini akan memaparkan skrin tetapan Rakaman Selang Masa.
2. Mengkonfigurasi tetapan Rakaman Selang Masa seperti yang
dikehendaki dan kemudian sentuh “Mula”.
Ini mengguna pakai tetapan kepada kedua-dua kamera dan memulakan
Rakaman Selang Masa serentak dengan kamera tersebut.
• Lihat halaman 44 untuk maklumat tentang Rakaman Selang Masa.
• Rakaman Selang Masa dibatalkan secara automatik jika mana-mana kamera tidak
dapat untuk merakam atas sebab-sebab tertentu.
• Bergantung pada jenis kad memori yang anda gunakan dan keadaan rakaman,
mungkin terdapat beberapa sela antara operasi rakaman dua kamera. Untuk
mendayakan rakaman serentak dengan dua kamera, disarankan untuk
menggunakan jenis kad memori yang sama yang telah diformatkan pada kamera.