MS Kamera Digital Panduan Pengguna Terima kasih kerana membeli produk CASIO ini. • Sebelum menggunakannya, pastikan anda membaca peringatan yang terkandung dalam Panduan Pengguna ini. • Simpan Panduan Pengguna ini di tempat selamat untuk rujukan masa hadapan. • Untuk maklumat terkini mengenai produk ini, lawati Laman Web rasmi EXILIM di http://www.exilim.
Aksesori Semasa membuka bungkusan kamera anda, periksa untuk memastikan semua aksesori di bawah disertakan. Jika ada apa-apa yang hilang, hubungi peruncit asal anda. Kamera (EX-FR100) Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Unit Engsel • Dibekalkan siap terpasang pada kamera. Kord kuasa* Nat tripod Kabel USB Mikro Rujukan Asas * Bentuk palam kord kuasa berbeza mengikut negara atau kawasan geografi di mana kamera dijual.
Baca ini dahulu! • Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis. • Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran. Sila hubungi kami jika anda menyedari terdapat sesuatu yang meragukan, salah dsb. • Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO COMPUTER CO., LTD.
Menggunakan Kamera Ini dengan Kamera (Tersedia Secara Berasingan) yang Lain Kamera ini menyokong sambungan teknologi wayarles Bluetooth dengan kamera yang tersedia secara berasingan yang ditunjukkan di bawah. Selepas membuat sambungan, anda akan boleh mengawal kamera ini dengan alat kawalan yang disertakan dengan kamera lain, untuk menggunakan Mod Kamera Berbilang untuk pengimejan secara maya serba boleh tanpa had.
Kandungan Aksesori . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Baca ini dahulu! . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Menggunakan Kamera ini buat Kali Pertama . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . Menggunakan Kamera Ini dengan Kamera (Tersedia Secara Berasingan) yang Lain . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Menggunakan Kamera dengan Komputer 36 Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer.... . . . . . . . . . . . . 36 Menggunakan Kamera dengan Komputer Windows . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 36 Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 37 Menggunakan Kamera dengan Macintosh . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 40 Menyambung Kamera pada Komputer Anda dan Menyimpan Fail . . . . . . . . . . 40 Fail dan Folder. . . .
Panduan Umum Nombor yang ditunjukkan dalam kurungan menunjukkan halaman yang menerangkan setiap item. bk bl bm 123 bn bo bp 4 5 9 8 7 6 Lampu sambungan LAN Butang [RESET] wayarles (halaman 30) Lampu operasi (halaman 13, 15) [p] (Kuasa) (halaman 17) Slot kad memori (halaman 20) (halaman 76) Tekan butang ini jika kamera tidak boleh dihidupkan atau dimatikan atas sebab tertentu.
Asas Mula Pantas Apa yang anda boleh lakukan dengan kamera CASIO anda Bahagian ini menerangkan fungsi asas kamera. . Merakam Pelbagai gaya rakaman Unit engsel dan nat tripod membolehkan anda merakam dari pelbagai sudut yang berbeza. *Lihat halaman 9 untuk maklumat lanjut. . Menyambungkan Kamera kepada Telefon Pintar Sambungan Wayarles Tukarkan telefon pintar anda kepada alat kawalan jauh kamera bagi mengkonfigurasikan tetapan kamera dan menghantar imej kamera ke telefon anda.
Menggunakan pemasang Anda boleh menggunakan unit engsel yang disertakan bersama kamera ini untuk menyambungkan pelbagai lekapan yang tersedia sebagai pilihan. Dengan ini anda boleh mengkonfigurasi kamera ini untuk disesuaikan dengan keperluan anda. • Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan benda asing lain pada lensa boleh mengganggu pengendalian kamera dengan betul.
. Untuk mengeluarkan unit engsel dari kamera 1. Semasa menarik tuil [FREE] pada kamera ke bawah, putarkan kamera mengikut arah lawan jam kira-kira 15 darjah sehingga lampu operasinya sejajar dengan tanda A pada unit engsel. A Tuil [FREE] 2. Keluarkan unit engsel dari kamera. . Untuk memasangkan unit engsel kepada kamera 1. 2. Selaraskan lampu operasi kamera dengan tanda A pada unit engsel.
Nat tripod 1. Gunakan nat tripod untuk tetapkan tripod (tersedia secara komersial) kepada unit engsel. Nat tripod Tripod (tersedia secara komersial) • Apabila merakam, pastikan kamera tidak bergerak. Perlahan-lahan tekan butang pengatup dan berhati-hati supaya tidak membuat sebarang pergerakan semasa pengatup dilepaskan dan beberapa ketika selepas ia dilepaskan. • Berhati-hati supaya jari anda dan tali tidak melindungi mana-mana kawasan yang ditunjukkan dalam ilustrasi.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan. Kamera ini mempunyai bateri ion lithium terbina dalam yang boleh cas semula. Bateri tidak dicas apabila anda membeli kamera, oleh itu anda perlu mengecas kamera sebelum menggunakannya. Anda boleh menggunakan satu daripada dua kaedah berikut untuk mengecas bateri. • Penyesuai USB-AC • Sambungan USB ke komputer (Menggunakan kabel USB mikro yang diberikan.) .
. Petunjuk Lampu Operasi Semasa kuasa dimatikan Status Lampu Operasi Maksud Menyala merah Mengecas Berkelip merah Pengecasan terhenti akibat suhu dalaman tidak normal, masalah penyesuai USB-AC, masalah bateri (halaman 70), operasi pemasa.
• Bateri yang sudah lama tidak digunakan dan/atau suhu persekitaran boleh menyebabkan pengecasan bateri mengambil masa lebih lama. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu operasi berkelip merah. Jika ini berlaku, rujuk halaman 70. • Penyesuai USB-AC menjadi sedikit panas semasa pengecasan. Ini adalah biasa dan tidak menunjukkan kepincangan tugas. • Bentuk palam kuasa bergantung pada setiap negara atau kawasan geografi.
• Jika anda hidupkan kamera semasa mengecas menggunakan sambungan USB kepada komputer, kamera akan mewujudkan sambungan USB dengan komputer. Pengecasan akan berterusan. Ambil perhatian yang jenis komputer atau persekitaran sambungan tertentu mungkin berhenti mengecas jika kuasa bekalan rendah. .
• Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku, tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu. • Bateri yang sudah lama tidak digunakan, beberapa jenis komputer, dan keadaan sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa yang lebih lama dari biasa. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu operasi berkelip merah. Jika ini berlaku, rujuk halaman 70.
Menghidupkan Kuasa Hidup dan Mati . Untuk menghidupkan kuasa Tekan [p] (Kuasa). • Menghidupkan kamera menyebabkan lampu operasi menyala hijau. Ini menunjukkan bahawa rakaman imej didayakan. [p] (Kuasa) Lampu operasi Mod Tidur Jika anda tidak melakukan sebarang operasi selama lebih daripada 30 saat selepas menghidupkan kuasa, kamera akan memasuki Mod Tidur. Lampu operasi berkedip hijau secara perlahan-lahan semasa kamera berada dalam mod tidur.
Membuat Sambungan antara Kamera dan Telefon Pintar Untuk mengkonfigurasikan tetapan kamera dengan menggunakan aplikasi EXILIM Connect, anda perlu membuat sambungan antara kamera dan telefon pintar yang terpasang dengan EXILIM Connect. Gunakan prosedur di bawah “Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar” (halaman 24) untuk memasang EXILIM Connect pada telefon pintar dan kemudian buat sambungan antara kamera dan telefon pintar.
Menyediakan Kad Memori Walaupun kamera mempunyai memori terbina dalam yang boleh digunakan untuk menyimpan imej dan filem, anda mungkin mahu membeli kad memori yang tersedia secara komersial untuk lebih banyak kapasiti. Kamera tidak dibekalkan bersama kad memori. Imej yang dirakam semasa kad memori dimuatkan disimpan ke dalam kad memori. Apabila tiada kad memori dimuatkan, imej disimpan dalam memori terbina dalam. • Gambar dan filem yang disimpan dalam memori terbina tidak boleh disalin ke kad memori.
Untuk memuat kad memori 1. Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua saat untuk mematikan kuasa dan kemudian buka penutup [CARD]. 2. Muatkan kad memori. Letakkan kad memori supaya bahagian belakangnya menghadap ke atas (ke arah sisi lensa kamera), tolaknya masuk ke dalam slot kad sehingga anda mendengar ia klik dengan selamat di tempatnya. Belakang Depan 3. Belakang Tutup penutup [CARD].
Untuk memformat (mengasal) kad memori baharu Sebelum menggunakan kad memori dengan kamera ini, buat sambungan antara kamera dan telefon pintar dan gunakan aplikasi EXILIM Connect (halaman 26) untuk memformatkannya. 1. Pada telefon pintar, pergi ke skrin ATAS EXILIM Connect dan ketik “¥”. 2. Pada telefon pintar, ketik “Setting up the camera”. 3. Pada telefon pintar, ketik “Format”. 4. Ketik “OK” dua kali.
Merakam dengan Kamera Anda boleh menggunakan kamera sebagai unit berdiri sendiri untuk merakam syot kilat dan filem. 1. Menghidupkan kamera (halaman 17). Ini menyebabkan kamera bermula dalam mod RKM. 2. Halakan kamera pada subjek. 3. Tekan butang pengatup kamera. Lampu operasi Kamera akan melaraskan pendedahan dan fokus secara automatik dan kemudian merakam syot kilat. • Biasanya, rakaman syot kilat akan menyebabkan lampu operasi berkelip merah sekali.
• Anda boleh tukar tetapan rakaman dengan menggunakan aplikasi EXILIM Connect atau alat kawalan yang disertakan bersama kamera CASIO yang tersedia secara berasingan. Untuk maklumat lanjut, rujuk dokumentasi pengguna yang disertakan dengan EXILIM Connect dan kamera lain. Peringatan Rakaman Syot Kilat Operasi • Jika cahaya yang tidak diingini memancar ke arah lensa, lindung lensa dengan tangan anda semasa merakam imej.
Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar Kamera anda mempunyai kedua-dua teknologi wayarles Bluetooth dan keupayaan LAN wayarles yang terbina di dalam. Selepas mewujudkan sambungan wayarles dengan telefon pintar, anda boleh melaksanakan operasi yang dinyatakan di dalam jadual di bawah. Memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect pada telefon pintar anda. • Kamera anda ialah peranti Bluetooth® Smart.
• Di dalam pesawat atau di mana sahaja penggunaan komunikasi wayarles dihadkan atau dilarang, jangan guna kamera ini. • Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak boleh memain semula fail filem daripada kamera anda. • Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/ atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi penyimpanan filem atau syot kilat.
. Tentang EXILIM Connect Untuk maklumat terperinci tentang EXILIM Connect, rujuk kepada Panduan Pengguna EXILIM Connect (yang anda boleh muat turun di laman web di bawah). http://www.exilim.com/manual/ • Ambil perhatian bahawa untuk melihat Panduan Pengguna EXILIM Connect (PDF), anda perlu memasang Adobe Reader. Rujuk pusat servis CASIO yang sah jika anda tidak dapat membuka untuk memaparkan format PDF Panduan Pengguna.
Bersedia untuk Mewujudkan Sambungan antara Telefon Pintar dan Kamera Anda Memasang aplikasi Telefon Pintar EXILIM Connect pada telefon pintar anda akan memungkinkan kawalan jauh kamera dari telefon pintar anda dan untuk menghantar imej-imej yang dirakam dengan kamera ke telefon pintar anda. Cari aplikasi EXILIM Connect pada Google Play ™ atau App Store dan pasangkan pada telefon pintar anda.
Mewujudkan Sambungan Wayarles buat Kali Pertama Kali pertama anda mewujudkan sambungan wayarles antara kamera dan telefon pintar, anda perlu menggunakan prosedur di bawah untuk mengkonfigurasi tetapan sambungan wayarles. Operasi ini diperlukan untuk sambungan pertama sahaja. . Telefon pintar yang menyokong Bluetooth Smart Menyambung kamera kepada telefon pintar dengan teknologi wayarles Bluetooth (berpasangan) membuatkan konfigurasi tetapan sambungan wayarles lebih mudah.
6. Pada telefon pintar, ketik “Install”. Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk memasang profil yang diperlukan untuk persediaan LAN wayarles. • Pada sesetengah model telefon pintar, skrin input kod laluan mungkin muncul. Jika ini berlaku, masukkan kod laluan telefon pintar anda. 7. Selepas pemasangan profil selesai, ketik “Done” pada telefon pintar. 8. Pada skrin telefon pintar, ketik ikon “EXILIM Connect” . Ini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
. Telefon pintar yang tidak menyokong Bluetooth Smart Konfigurasikan tetapan sambungan LAN wayarles (input SSID kamera dan kata laluan). 1. Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua saat untuk mematikan kuasa. 2. Pada kamera, semasa menekan dan menahan [0] (Filem), tekan dan tahan [p] (Kuasa) untuk kira-kira satu saat. Lampu sambungan LAN wayarles kamera akan berkelip biru. 3.
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh Kamera (Rakam dengan telefon) Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara jauh menggunakan telefon pintar. Selain daripada merakam syot kilat dan filem, anda juga boleh menggunakan telefon pintar untuk melakukan operasi zum dan lain-lain serta untuk mengkonfigurasi tetapan kamera. . Sambungan Teknologi Wayarles Bluetooth 1. Membenarkan kamera untuk memasuki mod tidur (halaman 17).
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Memori Kamera pada Telefon Pintar (Lihat di telefon) Anda boleh menggunakan prosedur dalam bahagian ini untuk melihat syot kilat yang disimpan dalam memori kamera pada telefon pintar dan untuk menyalin syot kilat dan filem ke telefon pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai operasi itu, rujuk kepada dokumentasi pengguna EXILIM Connect (halaman 26).
Menyahpasang Kamera daripada Telefon Pintar (Menyahpasang) Untuk menggunakan kamera dengan telefon pintar berbeza, mula-mula nyahpasang kamera dahulu daripada telefon pintar semasa dan padamkan maklumat pasangan daripada kamera. Untuk menyahpasang, tekan dan tahan butang [0] (Filem) dan butang pengatup kamera, sambil anda tekan dan tahan butang [p] (Kuasa) untuk enam saat. Menyahpasang selesai apabila lampu operasi kamera padam.
Mengendalikan Kamera dengan Alat Kawalan Kamera CASIO (Tersedia Secara Berasingan) yang Lain Membuat sambungan antara kamera ini dan alat kawalan yang disertakan bersama kamera CASIO (tersedia secara berasingan) yang lain membolehkan kamera dikendalikan dan tetapan kamera dikonfigurasikan daripada alat kawalan. Bahagian ini menerangkan cara membuat sambungan dengan alat kawalan. Untuk butiran tentang pengendalian dan tetapan, rujuk dokumentasi pengguna yang disertakan dengan kamera yang lain. .
Percetakan Perkhidmatan Cetak Profesional Anda boleh membawa kad memori yang mengandungi imej yang anda mahu cetak ke perkhidmatan cetak profesional dan mencetaknya. Percetakan pada Pencetak Rumah Anda boleh menggunakan pencetak yang dilengkapkan dengan slot kad memori untuk terus mencetak imej daripada kad memori. Untuk butiran, lihat dokumen pengguna yang disertakan bersama pencetak anda.
Menggunakan Kamera dengan Komputer Perkara yang anda boleh lakukan menggunakan komputer... Anda boleh melakukan operasi yang diterangkan di bawah semasa kamera bersambung dengan komputer. Menyimpan imej ke komputer dan melihatnya di situ • Menyimpan imej dan melihatnya secara manual (sambungan USB) (halaman 37, 40). Main semula dan sunting filem • Anda boleh main semula filem (halaman 39, 42). • Untuk menyunting filem, gunakan perisian yang tersedia secara komersial mengikut keperluan.
Melihat dan Menyimpan Imej di Komputer Anda boleh menyambungkan kamera ke komputer anda bagi melihat dan menyimpan imej (fail syot kilat dan filem). Jangan menggunakan komputer anda untuk mengubah suai, memadam, mengalih atau menamakan semula sebarang fail imej yang berada dalam memori terbina dalam kamera atau pada kad memorinya.
3. Pengguna Windows 10: Klik “Start” dan kemudian “Explorer”. Seterusnya, dalam bar sisi, klik “PC”. Pengguna Windows 8.1: Klik “Desktop” dan kemudian “Explorer”. Pengguna Windows 7, Windows Vista: Klik “Start” dan kemudian “Computer”. 4. Dwiklik “Removable Disk”. • Komputer anda mengenali kad memori yang dimuat dalam komputer (atau memori terbina dalam jika tiada kad) sebagai cakera boleh alih. 5. Klik kanan folder “DCIM”. 6. Pada menu pintas yang muncul, klik “Copy”. 7.
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda 1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya. 2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 44. . Peringatan Main Semula Filem • Untuk main semula filem, mula-mula simpannya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem.
Menggunakan Kamera dengan Macintosh Apabila anda mahu melakukan ini: Versi Sistem Pengendalian Perisian yang Diperlukan Menyimpan imej pada Macintosh anda dan melihatnya di situ secara manual OS X Pemasangan tidak diperlukan. Simpan imej pada Macintosh anda secara automatik/Urus imej OS X Gambar atau iPhoto, tergabung dengan beberapa produk Macintosh. Mainkan filem OS X 10.
. Untuk menyambungkan kamera ke komputer anda dan menyimpan fail 1. Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua saat untuk mematikan kuasa. Seterusnya, gunakan kabel USB mikro yang disertakan bersama kamera untuk menyambung kamera pada port USB komputer anda. Port [USB] USB • Untuk butiran tentang menyambungkan kamera dan langkah berjaga-jaga apabila menyambungkan, lihat halaman 14. 2. Kabel USB Mikro (disertakan bersama kamera) Tekan [p] (Kuasa) untuk menghidupkan kamera.
. Untuk melihat imej yang disalin 1. Dwiklik ikon pemacu kamera. 2. Dwiklik folder “DCIM” untuk membukanya. 3. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat. 4. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat. • Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada halaman 44. . Peringatan Main Semula Filem • Untuk main semula filem, mula-mula simpannya ke komputer anda dan kemudian dwiklik fail filem.
Fail dan Folder Kamera mencipta fail setiap kali anda merakam syot kilat, merakam filem atau melakukan sebarang operasi lain yang menyimpan data. Fail dikumpulkan dengan menyimpannya dalam folder. Setiap fail dan folder mempunyai nama uniknya sendiri. • Untuk butiran cara folder disusun dalam memori, lihat “Struktur Folder Memori” (halaman 44). Nama dan Bilangan Maksimum Dibenarkan Contoh Setiap folder boleh mengandungi sehingga 9999 fail yang dinamakan CIMG0001 hingga CIMG9999.
Data Kad Memori Kamera menyimpan imej yang anda tangkap mengikut Peraturan Reka Bentuk untuk Sistem Fail Kamera (DCF). . Mengenai DCF Operasi berikut disokong untuk imej pematuhan DCF. Namun, ambil perhatian bahawa CASIO tidak membuat jaminan prestasi mengenai operasi ini. • Memindahkan imej pematuhan DCF kamera ini ke kamera pengilang lain dan melihatnya. • Mencetak imej pematuhan DCF kamera ini menggunakan pencetak pengilang lain. • Memindahkan imej pematuhan DCF kamera lain ke kamera ini dan melihatnya.
. Peringatan Pengendalian Memori Terbina Dalam dan Data Kad Memori • Setiap kali menyalin kandungan memori ke komputer anda, anda perlu menyalin folder DCIM dan semua kandungannya. Cara yang baik untuk menjejaki beberapa salinan folder DCIM ialah dengan menukar namanya kepada tarikh atau sesuatu yang serupa setelah anda menyalinnya ke komputer anda. Namun jika nanti anda memutuskan mengembalikan folder DCIM ke kamera, pastikan menukar namanya kembali ke DCIM.
Lampiran Peringatan Keselamatan *BAHAYA Simbol ini menandakan maklumat yang, jika diabaikan atau digunakan dengan salah, mewujudkan bahaya kematian atau kecederaan diri yang serius. *AMARAN Penunjuk ini menetapkan perkara yang mempunyai risiko menyebabkan kematian atau kecederaan serius jika produk digunakan dengan salah dengan mengabaikan penunjuk ini.
*BAHAYA • Kegagalan mematuhi peringatan berikut mewujudkan risiko pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan. – Jangan menggunakan atau meninggalkan bateri berdekatan api terbuka. – Jangan mendedahkan bateri pada haba atau api. – Pastikan bateri dihalakan dengan betul semasa mengecasnya. – Jangan bawa atau simpan bateri bersama item yang boleh mengalirkan elektrik (rantai, grafit pensel dsb.).
*AMARAN . Asap, bau yang luar biasa, pemanasan lampau dan keluarbiasaan lain + • Penggunaan berterusan kamera ketika ia mengeluarkan asap atau bau pelik, atau semasa ia terlampau panas mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. * Jika kamera tidak boleh dimatikan atas sesuatu sebab, tekan butang [RESET] (halaman 7). 2.
*AMARAN • Jangan sentuh palam kuasa semasa tangan anda basah. Perbuatan itu mewujudkan risiko kejutan elektrik. • Jika kord kuasa atau palam kuasa rosak, hubungi peruncit atau pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat anda. • Jangan gunakan penyesuai USB-AC di kawasan yang cecair* mungkin tumpah di atasnya. Cecair mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. " + - • Jangan letakkan pasu bunga atau sebarang bekas cecair di atas penyesuai USB-AC. Air mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
*AMARAN . Terjatuh dan Layanan Kasar - • Penggunaan berterusan kamera setelah ia rosak akibat terjatuh atau layanan kasar lain mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Segera lakukan langkah berikut apabila wujud salah satu simptom di atas. 1. Matikan kamera. * Jika kamera tidak boleh dimatikan atas sesuatu sebab, tekan butang [RESET] (halaman 7). 2. Jika anda menggunakan penyesuai USB-AC untuk menghidupkan kamera, cabut palam kuasa daripada soket kuasa. 3.
*AWAS . Penyesuai USB-AC • Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut. – Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas. Berbuat demikian boleh mengganggu sinaran haba dan menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi panas.
*AWAS . Lokasi Tidak Stabil • Jangan letakkan kamera di permukaan yang tak stabil, di atas rak yang tinggi dsb. Perbuatan itu boleh menyebabkan kamera terjatuh, mewujudkan risiko kecederaan diri. - . Lokasi Yang Perlu Dielakkan • Jangan tinggalkan kamera di mana-mana jenis lokasi berikut. Perbuatan itu mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan elektrik.
Tahan Kejutan, Kalis Simbah, Kalis Habuk Kamera ini direka untuk tahan kejutan, kalis air, dan kalis habuk seperti yang diterangkan di bawah. 0 Tahan kejutan: Lulus ujian berdasarkan standard*1 bebas CASIO yang dirumuskan menurut MILStandard 810F Method 516.5-Shock.*2 *1 Ujian jatuh dari ketinggian 1.
• Periksa permukaan sentuhan penutup [CARD] dan gasket penutup [USB] untuk kotoran, pasir dan apa jua benda asing. Bersihkan permukaan sentuhan dengan mengelapnya dengan kain lembut, bersih dan kering. Ambil perhatian bahawa sehelai rambut atau sebutir pasir boleh menyebabkan air masuk ke dalam kamera. • Periksa penutup [CARD] dan gasket kalis simbah penutup [USB] bebas dari rekahan, calar dan sebarang kerosakan lain. • Tutup penutup [CARD] dan penutup [USB] dengan kemas.
. Pembersihan selepas Penggunaan Lakukan langkah-langkah berikut untuk membersihkan kamera selepas menggunakannya di bawah air atau selepas ia menjadi kotor dengan pasir, kotoran, atau selut. Ambil perhatian bahawa penutup [CARD] dan penutup [USB] perlu ditutup dengan kemas apabila melakukan langkah-langkah ini. 1. Rendam kamera dalam air tawar. • Isikan baldi atau bekas lain dengan air paip atau air tawar lain, dan rendam kamera selama lebih kurang 10 minit.
. Peringatan Lain • Aksesori yang dibekalkan bersama kamera tidak kalis simbah. • Mendedahkan kamera kepada impak keterlaluan boleh mengakibatkan kehilangan ciri kalis simbah. • Kelembapan pada kamera boleh membeku dalam persekitaran yang terlalu sejuk. Ais yang tertinggal pada kamera boleh mengakibatkan malfungsi. Jangan biarkan lembapan berada pada kamera dalam keadaan sejuk. • Jika air masuk ke dalam kamera dan menyebabkan malfungsi disebabkan oleh penggunaan yang tidak betul, CASIO COMPUTER CO., LTD.
Peringatan Semasa Penggunaan . Peringatan Ralat Data Kamera digital anda dihasilkan menggunakan komponen digital kepersisan. Manamana yang berikut mewujudkan risiko kerosakan data dalam memori kamera. – Mengeluarkan kad memori semasa kamera sedang melakukan sesuatu operasi – Mengeluarkan kad memori semasa lampu operasi menyala hijau selepas mematikan kamera – Menanggalkan kabel USB semasa komunikasi sedang berjalan – Operasi tidak normal lain .
. Menjaga kamera anda • Jangan sekali-kali menyentuh lensa menggunakan jari. Kesan jari, kotoran dan benda asing lain pada lensa boleh mengganggu pengendalian kamera dengan betul. Gunakan penghembus atau cara lain untuk memastikan lensa dan tetingkap denyar bebas daripada kotoran dan debu dan lap perlahan-lahan dengan menggunakan kain lembut yang kering. • Untuk membersihkan kamera, lap kamera dengan kain lembut yang kering. .
Kawasan Penggunaan Sasaran Kamera ini dibuat untuk kegunaan di negara atau kawasan yang disenaraikan di laman web yang dipautkan di bawah. http://world.casio.
Perhatikan bahawa cap dagang ™ dan cap dagang berdaftar ® tidak digunakan dalam teks manual ini. • Logo microSDXC adalah cap dagang SD-3C, LLC. • Windows, Windows Vista, Windows 7, Windows 8.1, dan Windows 10 adalah tanda dagang berdaftar atau tanda dagang Microsoft Corporation di Amerika dan negara-negara yang lain. • Macintosh, Mac OS, QuickTime, iPhoto dan iPhone ialah tanda dagangan Apple Inc.
. Buka Perisian Sumber Produk ini termasuk perisian yang dilesenkan di bawah keadaan lesen di bawah. OpenVG 1.1 Reference Implementation Copyright (c) 2007 The Khronos Group Inc.
and distribution as defined by Sections 1 through 9 of this document. "Licensor" shall mean the copyright owner or entity authorized by the copyright owner that is granting the License. "Legal Entity" shall mean the union of the acting entity and all other entities that control, are controlled by, or are under common control with that entity.
"Contributor" shall mean Licensor and any individual or Legal Entity on behalf of whom a Contribution has been received by Licensor and subsequently incorporated within the Work. 2. Grant of Copyright License.
within a display generated by the Derivative Works, if and wherever such third-party notices normally appear. The contents of the NOTICE file are for informational purposes only and do not modify the License. You may add Your own attribution notices within Derivative Works that You distribute, alongside or as an addendum to the NOTICE text from the Work, provided that such additional attribution notices cannot be construed as modifying the License.
9. Accepting Warranty or Additional Liability. While redistributing the Work or Derivative Works thereof, You may choose to offer, and charge a fee for, acceptance of support, warranty, indemnity, or other liability obligations and/or rights consistent with this License.
See the License for the specific language governing permissions and limitations under the License. Apache License Version 2.0, January 2004 http://www.apache.org/licenses/ TERMS AND CONDITIONS FOR USE, REPRODUCTION, AND DISTRIBUTION 1. Definitions. "License" shall mean the terms and conditions for use, reproduction, and distribution as defined by Sections 1 through 9 of this document. "Licensor" shall mean the copyright owner or entity authorized by the copyright owner that is granting the License.
to that Work or Derivative Works thereof, that is intentionally submitted to Licensor for inclusion in the Work by the copyright owner or by an individual or Legal Entity authorized to submit on behalf of the copyright owner.
attribution notices from the Source form of the Work, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works; and (d) If the Work includes a "NOTICE" text file as part of its distribution, then any Derivative Works that You distribute must include a readable copy of the attribution notices contained within such NOTICE file, excluding those notices that do not pertain to any part of the Derivative Works, in at least one of the following places: within a NOTICE text file distributed a
8. Limitation of Liability.
Bekalan Kuasa Mengecas . Jika lampu operasi kamera mula berkelip merah... Jika lampu operasi mula berkelip merah ketika pengecasan, ia bermakna pengecasan lebih lanjut tidak boleh dilakukan kerana satu daripada sebab di bawah. Lakukan tindakan seperti yang diterangkan di bawah untuk membetulkan masalah tersebut dan kemudian cuba mengecas semula.
Peringatan Bateri . Peringatan semasa Penggunaan • Pengendalian yang diberikan oleh bateri dalam keadaan sejuk selalunya adalah kurang daripada pengendalian pada suhu biasa. Ini adalah kerana sifat bateri itu sendiri, bukannya kamera. • Cas bateri di kawasan yang bersuhu dalam julat 15°C hingga 35°C. Di luar julat suhu ini pengecasan boleh mengambil masa yang lama dari biasa ataupun gagal. .
Membuang Kamera Apabila membuang kamera, pastikan bateri ion litium terbina dalam ditanggalkan terlebih dahulu dan hantarkannya untuk dikitar semula. • Bateri kamera ini terbina dalam dan tidak boleh digantikan oleh anda. Hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO untuk menggantikan bateri itu. • Pastikan kamera dimatikan sebelum menanggalkan bateri. • Bahagian tepi penutup belakang adalah tajam. Berhati-hati untuk tidak mencederakan jari anda semasa menanggalkannya.
Menggunakan Kad Memori Lihat halaman 19 untuk maklumat mengenai kad memori yang disokong dan cara memuat kad memori. . Menggunakan Kad Memori • Jika kad memori mula bertindak tidak normal semasa main semula imej, anda boleh mengembalikan pengendalian biasa dengan memformatnya semula (halaman 21). Namun, anda disarankan supaya sentiasa membawa beberapa kad memori semasa menggunakan kamera jauh dari rumah atau pejabat.
Set Semula Tetapan Lalai Awal Jadual dalam bahagian ini menunjukkan tetapan lalai awal yang dikembalikan apabila operasi set semula dilakukan dengan menggunakan aplikasi EXILIM Connect atau pengawal yang datang dengan kamera CASIO yang tersedia secara berasingan. • Sengkang (–) menunjukkan item yang tetapannya tidak diset semula atau item yang tiada tetapan set semula. • Beberapa item menu mungkin tidak tersedia, bergantung pada mod rakaman yang digunakan. .
. Tetapan wayarles Hantaran Auto Mati Tetapan Hantaran Fail Auto* T Sahaja Saiz Semula Apabila Menghantar* 3M Kata laluan WLAN – Putuskan yang Berpasangan* – * Tetapan ini hanya boleh diubah dengan menggunakan pengawal lain (yang datang secara berasingan) dengan kamera CASIO. Untuk maklumat lanjut, rujuk dokumentasi pengguna yang disertakan bersama kamera lain.
Apabila mengalami masalah... Pencarisilapan Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Bekalan Kuasa Kuasa tidak hidup. 1)Bateri kamera baru tidak dicas. Cas bateri kamera sebelum menggunakan kamera. 2)Bateri kamera mungkin telah habis. Caskan bateri (halaman 12). Jika ini tidak menyelesaikan masalah, hubungi penjual anda atau pusat perkhidmatan sah CASIO. Kamera terpadam secara tiba-tiba. 1)Bateri mungkin telah mati. Caskan bateri (halaman 12).
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Terdapat hingar digital pada imej. Kepekaan mungkin telah meningkat secara automatik untuk subjek gelap, yang meningkatkan kemungkinan hingar digital. Gunakan lampu atau cara lain untuk menerangi subjek. Imej yang direkod tidak disimpan. Kuasa kamera mungkin telah dimatikan sebelum operasi simpan selesai, yang akan menyebabkan imej tidak disimpan. Walaupun terdapat pencahayaan yang terang, muka orang dalam imej nampak gelap.
Masalah Kemungkinan Penyebab dan Saranan Tindakan Lain-lain Imej tidak boleh dipindahkan melalui sambungan USB. 1)Kabel USB mungkin tidak bersambung dengan betul pada kamera. Periksa semua sambungan. 2)Jika kamera tidak dihidupkan, hidupkannya. 3)Komputer anda mungkin tidak dapat mengenali kamera jika anda menyambung melalui hab USB. Sentiasa bersambung terus dengan port USB komputer. Butang tidak bertindak balas sejurus kuasa dihidupkan.
Bilangan Syot Kilat/Masa Rakaman Filem Syot Kilat Saiz Imej (Piksel) Memori Terbina Dalam*1 Kapasiti Rakaman Anggaran Saiz Fail microSD Kad Memori*2 Kapasiti Rakaman 12 M (4000x3000) 4.13 MB 7 2286 5 M (2560x1920)*3 2.99 MB 14 4283 Filem Saiz Imej/ Piksel (Audio) Anggaran Kadar Data (Kadar Bingkai) FHD(30p) 1920x1080 (Monaural) 14.2 Megabit/saat (30 bingkai/saat) STD*3 640x480 (Monaural) 3.8 Megabit/saat (30 bingkai/saat) HS240*3 512x384 (Tiada audio) 40.
*1 Kapasiti memori terbina dalam selepas diformat (Kira-kira 49.9 MB) *2 Apabila menggunakan kad memori microSDHC 16 GB (SanDisk Corporation). Bilangan imej dan nilai masa rakaman bergantung pada jenis kad memori yang anda gunakan. *3 Untuk mengkonfigurasikan tetapan ini, anda perlu memastikan aplikasi telefon pintar EXILIM Connect terpasang pada telefon pintar anda. *4 Kadar pemindahan data memori terbina dalam adalah tidak mencukupi untuk filem FHD(30p).
Spesifikasi Format Fail Syot kilat: JPEG (Exif Versi 2.3; standard DCF 2.0) Filem: Format MOV, standard H.264/AVC, IMA-ADPCM (satu audio) Media Rakaman Memori Terbina Dlm (Kaw Smpn Imej: 49.9 MB*) microSD/microSDHC/microSDXC * Kapasiti memori terbina dalam selepas diformat Saiz Imej Dirakam*1 Syot kilat: 12 M (4000x3000), 5 M (2560x1920) Filem: FHD(30p) (1920x1080 30 fps), STD (640x480 30 fps), HS240 (512x384 240 fps) Piksel Berkesan 10.2 Megapiksel Elemen Pengimejan Saiz: 1/2.
Anggaran Hayat Bateri Semua nilai yang disediakan di bawah menunjukkan anggaran jumlah masa di bawah suhu biasa (23°C) sebelum kamera mati. Nilai ini tidak dijamin. Suhu rendah memendekkan hayat bateri.
Berat Kira-kira 111 g (termasuk unit engsel, termasuk kad memori) Kira-kira 76 g (tidak termasuk unit engsel, termasuk kad memori) . Penyesuai USB-AC (AD-C53U) Input 100 hingga 240 V AC, 50/60 Hz, 100 mA Output 5.
Pengisytiharan Keakuran Mengikut Arahan Kesatuan Eropah Manufacturer: CASIO COMPUTER CO., LTD. 6-2, Hon-machi 1-chome, Shibuya-ku, Tokyo 151-8543, Japan Responsible within the European Union: Casio Europe GmbH Casio-Platz 1, 22848 Norderstedt, Germany www.casio-europe.com To comply with the relevant European RF exposure compliance requirements, this EX-FR100 must not be co-located or operating in conjunction with other transmitter. Note: This equipment is intended to be used in all EU and EFTA countries.
Tanda FCC ialah tanda pematuhan standard di Amerika Syarikat. GUIDELINES LAID DOWN BY FCC RULES FOR USE OF THIS UNIT IN THE U.S.A. (not applicable to other areas). NOTICE This equipment has been tested and found to comply with the limits for a Class B digital device, pursuant to Part 15 of the FCC Rules. These limits are designed to provide reasonable protection against harmful interference in a residential installation.
CASIO COMPUTER CO., LTD.