User manual
12
Asas Mula Pantas
Kamera ini mempunyai bateri ion lithium terbina dalam yang boleh cas semula. Bateri
tidak dicas apabila anda membeli kamera, oleh itu anda perlu mengecas kamera
sebelum menggunakannya.
Anda boleh menggunakan satu daripada dua kaedah berikut untuk mengecas bateri.
• Penyesuai USB-AC
• Sambungan USB ke komputer (Menggunakan kabel USB mikro yang diberikan.)
. Untuk mengecaskan dengan penyesuai USB-AC
Semasa kamera dimatikan, sambungkan kamera dalam turutan yang ditunjukkan di
bawah.
• Apabila menanggalkan penyesuai USB-AC dari kamera, pastikan sambungan
diputuskan dari kamera terlebih dahulu.
• Jika anda menghidupkan kamera semasa mengecas dengan penyesuai USB-AC,
anda akan boleh menjalankan operasi rakaman biasa. Dalam keadaan ini,
pengecasan kamera akan dihentikan apabila ia dihidupkan.
Mula-mula, cas bateri sebelum menggunakan.
Masa pengecasan
:
Kira-kira 2 jam 15 minit
3
2
4
1
Penyesuai USB-AC
(AD-C53U)
Sambungkan kabel supaya tanda u pada penyambung kecil (USB mikro) menghadap
pada bahagian lensa kamera apabila dimasukkan.
Port [USB]
Kabel USB Mikro
(disertakan bersama kamera)
Kord kuasa
Penutup [USB]










