User manual

16
Asas Mula Pantas
Kali pertama anda menyambungkan kamera ke komputer menggunakan kabel
USB, mesej ralat mungkin muncul pada komputer anda. Jika ini berlaku,
tanggalkan dan kemudian sambungkan semula kabel USB itu.
Bateri yang sudah lama tidak digunakan, beberapa jenis komputer, dan keadaan
sambungan boleh menyebabkan pengecasan mengambil masa yang lebih lama
dari biasa. Keadaan ini juga mungkin menyebabkan lampu operasi berkelip merah.
Jika ini berlaku, rujuk halaman 70.
Guna penyesuai USB-AC yang dibekalkan untuk pengecasan yang lebih pantas.
Pengecasan tidak dilakukan semasa komputer yang disambungkan berada dalam
mod hibernasi.
Peringatan Pengecasan Lain
Dengan dua kaedah pengecasan yang diterangkan di atas, anda boleh mengecas
bateri. Jangan gunakan sebarang jenis peranti pengecas lain. Percubaan untuk
menggunakan pengecas lain boleh menyebabkan kemalangan yang tak dijangka.
Model ini boleh dicas melalui port USB spesifikasi USB 2.0 sahaja.
Peranti bekalan kuasa dan peranti pengecasan USB tertakluk pada standard yang
ditetapkan. Penggunaan peranti kurang bermutu atau peranti yang tidak
memenuhi standard boleh menyebabkan kerosakan dan/atau kegagalan kamera
anda.
Operasi tidak dijamin sekiranya anda menggunakan komputer yang dibina atau
diubah suai sendiri. Walaupun anda menggunakan komputer yang tersedia secara
komersial, spesifikasi port USB tertentu mungkin memustahilkan pengecasan
menggunakan kabel USB.
Bateri yang masih panas sebaik sahaja selepas penggunaan biasa mungkin tidak
mengecas sepenuhnya. Berikan bateri masa untuk sejuk sebelum mengecasnya.
Bateri menyahcas sedikit semasa ia dimuatkan dalam kamera. Kerana itu, anda
disarankan supaya mengecas bateri segera sebelum anda perlu
menggunakannya.
Mengecas bateri mungkin menyebabkan gangguan dengan penerimaan TV dan
radio. Jika ini berlaku, pasang penyesuai USB-AC ke sumber kuasa yang lebih
jauh daripada TV atau radio.
Masa pengecasan sebenar bergantung pada kapasiti bateri semasa dan keadaan
pengecasan.
Jangan gunakan penyesuai USB-AC dengan mana-mana peranti lain.
Jangan menggunakan kord kuasa dengan peranti lain.
Hanya guna penyesuai USB-AC dan kabel USB yang dinyatakan dalam manual ini
untuk mengecas. Penggunaan sebarang jenis peranti lain mungkin mengakibatkan
pengecasan yang pincang.
Membiarkan kamera dengan bateri mati selama kira-kira lapan hari akan
menyebabkan tarikh dan masa ditetapkan semula kepada tetapan lalai awal. Jika
ini berlaku, gunakan EXILIM Connect atau alat kawalan yang disertakan dengan
kamera CASIO (halaman 4) yang tersedia secara berasingan untuk
mengkonfigurasikan tetapan tarikh dan masa. Untuk maklumat lanjut, rujuk
dokumentasi pengguna yang disertakan dengan EXILIM Connect dan kamera lain.