User manual

18
Asas Mula Pantas
Untuk mengkonfigurasikan tetapan kamera dengan menggunakan aplikasi EXILIM
Connect, anda perlu membuat sambungan antara kamera dan telefon pintar yang
terpasang dengan EXILIM Connect.
Gunakan prosedur di bawah “Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar” (halaman
24) untuk memasang EXILIM Connect pada telefon pintar dan kemudian buat
sambungan antara kamera dan telefon pintar.
Semasa terdapat sambungan antara kamera dan telefon pintar, gunakan aplikasi
EXILIM Connect (halaman 26) untuk mengkonfigurasikan tetapan masa.
1. Pada telefon pintar, pergi ke skrin ATAS EXILIM Connect dan ketik
¥”.
2. Pada telefon pintar, ketik “Setting up the camera”.
3. Pada telefon pintar, ketik “Adjust”.
4. Ketik “Run”.
Menggunakan aplikasi EXILIM Connect untuk mengkonfigurasi tetapan masa
secara automatic menyebabkan zon masa kamera berubah ke zon masa telefon
pintar yang disambungkan.
Anda juga boleh menngunakan alat kawalan kamera CASIO (tersedia secara
berasingan) yang lain untuk mengkonfigurasikan tetapan tarikh dan masa secara
manual. Untuk butiran, rujuk dokumentasi pengguna yang disertakan dengan
kamera anda.
Membuat Sambungan antara Kamera dan Telefon Pintar
Mengkonfigurasikan tetapan tarikh dan masa kamera