User manual

22
Merakam dengan Kamera
Merakam dengan Kamera
Anda boleh menggunakan kamera sebagai unit berdiri sendiri untuk merakam syot
kilat dan filem.
1. Menghidupkan kamera (halaman 17).
Ini menyebabkan kamera bermula dalam mod RKM.
2. Halakan kamera pada subjek.
3. Tekan butang pengatup kamera.
Kamera akan melaraskan pendedahan dan fokus
secara automatik dan kemudian merakam syot kilat.
Biasanya, rakaman syot kilat akan menyebabkan
lampu operasi berkelip merah sekali.
Merakam Filem
Tekan [0] (Filem) pada kamera untuk memulakan
rakaman filem.
Rakaman akan berhenti jika anda menekan [0] (Filem)
sekali lagi.
Lampu operasi berkelip merah semasa rakaman filem
sedang berjalan.
Setiap filem boleh mencecah 29 minit atau 4 GB. Rakaman Filem juga akan
berhenti secara automatik jika memori menjadi penuh sebelum anda
memberhentikan rakaman filem.
Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini adalah biasa dan tidak menunjukkan kepincangan
tugas.
Rakaman filem juga merakam audio. Ambil perhatian
tentang perkara di bawah apabila merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda
dsb.
Hasil rakaman audio yang baik tidak mungkin jika
kamera terlalu jauh daripada apa yang anda cuba rakam.
Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat
bersuhu tinggi boleh menyebabkan hingar digital (tompok
cahaya) muncul dalam imej filem. Peningkatan suhu di dalam kamera juga
mungkin menyebabkan rakaman filem dihentikan secara automatik. Jika ini
berlaku, berhenti merakam dan biarkan kamera menyejuk, dan operasi normal
boleh diteruskan selepas itu.
Penggunaan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Khususnya, filem berkualiti tinggi mungkin
tidak boleh disimpan dengan betul. Memori kad yang perlahan mungkin mengambil
masa yang lama untuk merakam data dan menyebabkan pecahan pada imej dan/
atau audio ketika dimain semula.
[0] (Filem)
Butang pengatup
Lampu operasi
Mikrofon