User manual

25
Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar
Di dalam pesawat atau di mana sahaja penggunaan komunikasi wayarles
dihadkan atau dilarang, jangan guna kamera ini.
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak boleh memain semula fail filem
daripada kamera anda.
Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Menerima fail kamera, melaksanakan operasi
yang dikehendaki pada telefon pintar anda untuk memeriksa jika fail telah disimpan
dengan betul.
Filem yang diterima pada terminal Android
:
Filem tidak dipaparkan oleh aplikasi Galeri. Filem disimpan dalam folder yang
dinamakan EXILIM Connect.
Pemain filem berasingan diperlukan untuk main semula filem (yang failnya
mempunyai sambungan nama fail MOV).
Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan
filem dan/atau audio.
Semasa kamera ini bersambung dengan telefon pintar, rakaman tidak akan
dilaksanakan apabila butang pengatup kamera atau butang [0] (Filem) ditekan.
Imej yang dirakam pada kamera pengeluar yang lain tidak boleh dihantar
menggunakan fungsi ini.
Ambil perhatian bahawa menggunakan fungsi wayarles memerlukan lebih banyak
penggunaan bateri berbanding biasa. Pastikan bateri kamera telah dicas
secukupnya sebelum memulakan operasi LAN wayarles.
Julat operasi bergantung pada persekitaran komunikasi setempat dan jenis telefon
pintar yang disambung.