User manual
29
Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar
6. Pada telefon pintar, ketik “Install”.
Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk memasang profil yang
diperlukan untuk persediaan LAN wayarles.
• Pada sesetengah model telefon pintar, skrin input kod laluan mungkin muncul.
Jika ini berlaku, masukkan kod laluan telefon pintar anda.
7. Selepas pemasangan profil selesai, ketik “Done” pada telefon pintar.
8. Pada skrin telefon pintar, ketik ikon “EXILIM Connect” .
Ini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
• Jika anda menggunakan iPhone (iOS) dan tidak terdapat sambungan LAN
wayarles antara kamera dan telefon pintar, gunakan tetapan Wi-Fi telefon
pintar untuk memilih SSID kamera untuk mewujudkan sambungan LAN antara
kamera dan telefon pintar.
9. Pada telefon pintar, ketik “OK”.
10.
Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk melengkapkan
operasi pemasangan.
• “Hantaran Auto” (halaman 32) akan dihidupkan selepas anda mengkonfigurasi
tetapan sambungan wayarles pada kamera atau telefon pintar.
• Mematikan kamera juga menamatkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth.
• Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan Hantar Secara Auto lanjutan dengan
menggunakan pengawal kamera CASIO yang lain (tersedia secara berasingan).
Untuk maklumat lanjut, rujuk dokumentasi pengguna yang disertakan bersama
kamera lain.










