User manual
3
• Kandungan manual ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
• Kandungan manual ini telah diperiksa pada setiap langkah proses pengeluaran.
Sila hubungi kami jika anda menyedari terdapat sesuatu yang meragukan, salah
dsb.
• Sebarang penyalinan kandungan Panduan Pengguna ini, sama ada sebahagian
atau keseluruhannya, adalah dilarang. Kecuali untuk kegunaan peribadi anda,
sebarang penggunaan lain kandungan manual ini tanpa kebenaran CASIO
COMPUTER CO., LTD. adalah dilarang di bawah undang-undang hak cipta.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kerosakan atau kehilangan keuntungan yang dialami oleh anda atau mana-mana
pihak ketiga disebabkan penggunaan atau kerosakan produk ini.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan,
kehilangan keuntungan, atau tuntutan daripada pihak ketiga yang timbul
disebabkan penggunaan perisian aplikasi EXILIM Connect.
• CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan,
kehilangan keuntungan yang disebabkan oleh kehilangan kandungan memori
kerana kerosakan, pembaikan atau sebarang sebab lain.
• Sila maklum bahawa skrin contoh dan ilustrasi produk yang ditunjukkan dalam
Panduan Pengguna ini mungkin berbeza sedikit daripada skrin dan konfigurasi
kamera sebenar.
Sebelum menggunakan kamera ini buat kali pertama, anda perlu membuat
sambungan antara kamera ini dengan telefon pintar (halaman 24). Kemudian anda
perlu menggunakan aplikasi EXILIM Connect (dipasang pada telefon pintar) untuk
mengkonfigurasikan tetapan masa dan tarikh kamera (halaman 18) dan
memformatkan kad memorinya (halaman 21).
Baca ini dahulu!
Cas bateri sebelum guna.
Kamera ini mempunyai bateri ion lithium terbina dalam yang boleh cas semula.
Bateri tidak dicas apabila anda membeli kamera, oleh itu anda perlu mengecas
kamera sebelum menggunakannya.
Ambil gambar ujian
Sebelum menangkap imej akhir anda, ambil gambar ujian untuk memastikan
kamera merakam dengan betul.
Menggunakan Kamera ini buat Kali Pertama










