User manual

31
Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar
Fungsi ini membolehkan anda merakam syot kilat atau filem dengan kamera secara
jauh menggunakan telefon pintar. Selain daripada merakam syot kilat dan filem, anda
juga boleh menggunakan telefon pintar untuk melakukan operasi zum dan lain-lain
serta untuk mengkonfigurasi tetapan kamera.
. Sambungan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Membenarkan kamera untuk memasuki mod tidur (halaman 17).
Kamera akan memasuki mod tidur secara automatik jika anda tidak melakukan
apa-apa operasi selama kira-kira 30 saat selepas menghidupkannya. Mod tidur
ditunjukkan apabila lampu kamera operasi berkelip hijau secara perlahan.
2. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
3. Pada telefon pintar, ketik “Remote Capture”.
4. Gubah imej pada skrin telefon pintar semasa anda merakam.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan “Rakam dengan telefon”,
rujuk manual EXILIM Connect (halaman 26).
. Tidak dapat Sambung dengan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Pada kamera, tekan dan tahan [p] (Kuasa) selama lebih kurang dua
saat untuk mematikan kuasa.
2. Pada kamera, semasa menekan dan menahan [0] (Filem), tekan dan
tahan [p] (Kuasa) untuk kira-kira satu saat.
Lampu sambungan LAN wayarles kamera akan berkelip biru.
3. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, masukkan SSID dan kata laluan
kamera untuk membuat sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
SSID (yang tidak boleh diubah) dan kata laluan (lalai asal) kamera ditunjukkan di
bawah.
SSID: Rujuk helaian “[Important] About the camera’s SSIDˮ yang disertakan
bersama kamera secara berasingan.
Kata laluan: 00000000
4. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
5. Gubah imej pada skrin telefon pintar semasa anda merakam.
Untuk mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan “Rakam dengan telefon”,
rujuk manual EXILIM Connect (halaman 26).
Menggunakan Telefon Pintar sebagai Alat Kawalan Jauh
Kamera (Rakam dengan telefon)