User manual

32
Mengawal Kamera dengan Telefon Pintar
Anda boleh menggunakan prosedur dalam bahagian ini untuk melihat syot kilat yang
disimpan dalam memori kamera pada telefon pintar dan untuk menyalin syot kilat dan
filem ke telefon pintar. Untuk maklumat lanjut mengenai operasi itu, rujuk kepada
dokumentasi pengguna EXILIM Connect (halaman 26).
Hantar Secara Automatik menghantar imej ke telefon pintar berpasangan semasa
kedua-dua merakam. Imej dihantar ke telefon pintar semasa kamera dalam mod
tidur. Jika tiada sambungan wayarles antara kamera dengan telefon pintar, ia akan
dihantar sebaik sahaja sambungan diwujudkan.
Lampu sambungan LAN wayarles akan berkelip atau menyala semasa operasi
penghantaran imej sedang berlangsung. Lampu akan terpadam setelah operasi
penghantaran imej selesai.
Hantaran Auto boleh digunakan hanya dengan telefon pintar yang menyokong
Bluetooth Smart. Kedua-dua sambungan Bluetooth dan LAN wayarles diperlukan
antara kamera dan telefon pintar untuk menghantar imej kamera secara automatik.
Anda boleh guna aplikasi telefon pintar di bawah untuk melihat syot kilat selepas
menghantarnya.
iPhone: Kamera Merakam
Terminal Android: Galeri, Foto, atau aplikasi pelayar foto lain
Anda boleh mengkonfigurasikan tetapan Hantar Secara Auto lanjutan dengan
menggunakan pengawal kamera CASIO yang lain (tersedia secara berasingan).
Untuk maklumat lanjut, rujuk dokumentasi pengguna yang disertakan bersama
kamera lain.
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Memori Kamera pada
Telefon Pintar (Lihat di telefon)
Imej yang Ditangkap dengan Kamera Dihantar ke Telefon
Pintar secara Automatik (Hantaran Auto)