User manual

39
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Untuk melihat imej yang anda salin pada komputer anda
1. Dwiklik folder “DCIM” yang disalin untuk membukanya.
2. Dwiklik folder yang mengandungi imej yang anda mahu lihat.
3. Dwiklik fail imej yang anda mahu lihat.
Untuk maklumat mengenai nama fail, lihat “Struktur Folder Memori” pada
halaman 44.
. Peringatan Main Semula Filem
Untuk main semula filem, mula-mula simpannya ke komputer anda dan kemudian
dwiklik fail filem. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah
komputer. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
Berhentikan sebarang aplikasi lain yang anda jalankan dan berhentikan aplikasi
residen.