User manual

81
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
6. Pada telefon pintar, ketik nama kamera yang anda mahu berpasangan.
Ini melengkapkan pemasangan kamera dan telefon pintar, dan mewujudkan
sambungan teknologi wayarles Bluetooth.
Dalam kes terminal Android, tetapan sambungan LAN wayarles juga
dikonfigurasikan secara automatik. Dalam kes ini, terus ke langkah 10 dalam
prosedur ini. Jika skrin yang ditunjukkan dalam langkah 10 tidak dipaparkan,
gunakan tetapan Wi-Fi telefon pintar untuk memilih SSID yang terpapar pada
kamera dan wujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon
pintar.
Dalam kes iPhone (iOS), anda perlu mengkonfigurasikan tetapan LAN
wayarles (pasa profil) selepas itu. Terus ke langkah 7 dalam prosedur ini.
7. Pada telefon pintar, tekan “Install”.
Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk memasang profil yang
diperlukan untuk persediaan LAN wayarles.
Pada sesetengah model telefon pintar, skrin input kod laluan mungkin muncul.
Jika ini berlaku, masukkan kod laluan telefon pintar anda.
8. Selepas pemasangan profil selesai, ketik “Done” pada telefon pintar.
9. Pada skrin telefon pintar, ketik “Back to App”.
Ini mewujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon pintar.
Jika anda menggunakan iPhone (iOS) dan tidak terdapat sambungan LAN
wayarles antara kamera dan telefon pintar, gunakan tetapan Wi-Fi telefon
pintar untuk memilih SSID kamera untuk mewujudkan sambungan LAN antara
kamera dan telefon pintar.
10.
Pada telefon pintar, tekan “OK”.
11.
Ikut arahan yang muncul pada telefon pintar untuk melengkapkan
operasi pemasangan.
“Hantaran Auto” (halaman 87) akan dihidupkan selepas anda mengkonfigurasi
tetapan sambungan wayarles pada kamera atau telefon pintar.
Mematikan kamera juga menamatkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth.