Panduan Pengguna

49
Merakam Imej
Menghabiskan masa yang lama menggunakan rakaman filem akan menyebabkan
kamera terasa panas sedikit. Ini adalah biasa dan tidak menunjukkan kepincangan
tugas.
Apabila tetapan kualiti filem adalah sesuatu selain daripada
“HS120” atau “HS240”, audio akan dirakam bersama
dengan imej filem. Ambil perhatian tentang perkara berikut
apabila merakam filem.
Berhati-hati supaya mikrofon tidak ditutup oleh jari anda,
dsb.
Hasil rakaman audio yang baik tidak mungkin jika
kamera terlalu jauh daripada apa yang anda cuba rakam.
Merakam filem untuk tempoh masa yang lama di tempat bersuhu tinggi boleh
menyebabkan hingar digital (tompok cahaya) muncul dalam imej filem.
Peningkatan suhu di dalam kamera juga mungkin menyebabkan rakaman filem
dihentikan secara automatik. Jika ini berlaku, berhenti merakam dan biarkan
kamera menyejuk, dan operasi normal boleh diteruskan selepas itu.
Penggunaan memori terbina dalam kamera atau jenis kad memori tertentu boleh
melambatkan kelajuan pemprosesan. Khususnya, filem berkualiti tinggi mungkin
tidak boleh disimpan dengan betul. Memori kad yang perlahan mungkin mengambil
masa yang lama untuk merakam data dan menyebabkan pecahan pada imej dan/
atau audio ketika dimain semula.
Mikrofon