Panduan Pengguna
63
Melihat Syot kilat dan Filem
• Jika syot kilat yang anda gunakan berlainan daripada nisbah bidang Filem Selang
Masa, akan terdapat jalur hitam di sepanjang bahagian atas dan bawah atau kiri
dan kanan imej.
• Sekiranya imej terlalu banyak, fungsi ini akan berhenti memproses apabila Filem
Selang Masa mencapai tempoh 10 minit. Imej seterusnya tidak akan ditukar
menjadi Filem Selang Masa.
• Jenis imej di bawah tidak boleh dimasukkan dalam Filem Selang Masa.
– Imej Pandangan Kubah disimpan dengan menggunakan “Simpan Ganda
(Pandangan Kubah)”
– Imej dicipta dengan menggunakan “Tukar Imej”
• Bergantung pada bilangan fail dan faktor lain apabila Filem Selang Masa sedang
dicipta, operasi penciptaan mungkin akan mengambil sedikit masa.