Panduan Pengguna
67
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Menyambungkan Kamera dengan Telefon
Pintar (Sambungan Wayarles)
Kamera anda mempunyai kedua-dua teknologi wayarles Bluetooth dan keupayaan
LAN wayarles yang terbina di dalam. Selepas mewujudkan sambungan wayarles
dengan telefon pintar, anda boleh melaksanakan operasi yang dinyatakan di dalam
jadual di bawah. Memerlukan pemasangan aplikasi EXILIM Connect pada telefon
pintar anda.
• Kamera anda ialah peranti Bluetooth
®
Smart.
• Kamera anda boleh bersambung
menggunakan teknologi wayarles
Bluetooth dengan telefon pintar yang
menyokong Bluetooth Smart. Ambil
perhatian bahawa teknologi wayarles
Bluetooth yang menyambungkan
kamera anda dengan telefon pintar adalah berbeza daripada teknologi wayarles
Bluetooth yang menyambungkan kamera dengan pengawal.
Mengawal Kamera Anda dengan Telefon Pintar
Dengan fungsi ini: Anda boleh melakukan ini:
Hantaran Auto
Imej boleh dihantar secara automatik ke telefon
pintar yang telah dipasangkan dengan kamera
melalui Bluetooth (halaman 77).
Rakam dengan telefon
Kawal dan rakam secara kawalan jauh dengan
kamera menggunakan telefon pintar (halaman
74).
Hantar ke telefon
Hantar foto dan filem yang dirakam dengan
kamera ke telefon pintar. Selepas menghantar
imej ke telefon pintar, anda kemudian boleh
memuat naik ia daripada telefon pintar ke
perkhidmatan rangkaian sosial (halaman 75).