Panduan Pengguna
76
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(Sambungan Wayarles)
Lihat syot kilat yang disimpan dalam memori kamera pada telefon pintar dan salin
syot kilang dan filem ke telefon pintar untuk dilihat.
. Sambungan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Lakukan salah satu operasi di bawah.
– Masuk ke dalam mod tidur.
Hidupkan kamera dan pengawal.
Pada pengawal, tekan [p] (Kuasa).
Ini akan menyambungkan telefon pintar ke kamera, yang ditunjukkan oleh
lampu operasi kamera yang bernyala hijau.
– Paparkan skrin mod wayarles.
Sentuh “ ” (Tunjukkan Ikon).
Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
3. Pada telefon pintar, tekan “Lihat di telefon”.
Selepas sedikit masa, kamera akan bermula dalam mod wayarles dan
memaparkan menu imej dalam memori kamera.
Untuk maklumat tentang bagaimana menggunakan “Lihat di telefon”, rujuk panduan
EXILIM Connect (halaman 69).
. Tidak dapat Sambung dengan Teknologi Wayarles Bluetooth
1. Sentuh ikon “ ” (Wayarles).
2. Sentuh “Hantar ke telefon”.
3. Sentuh “Lihat di telefon”.
• Jika terdapat sambungan LAN wayarles antara telefon pintar dan kamera,
terus ke langkah 5 prosedur ini.
4. Untuk tetapan Wi-Fi telefon pintar, pilih SSID yang dipaparkan pada
kamera dan wujudkan sambungan LAN wayarles antara kamera dan
telefon pintar.
5. Pada telefon pintar, mulakan aplikasi “EXILIM Connect”.
Selepas sedikit masa, kamera akan bermula dalam mod wayarles dan
memaparkan menu imej dalam memori kamera.
Untuk maklumat tentang bagaimana menggunakan “Lihat di telefon”, rujuk panduan
EXILIM Connect (halaman 69).
Melihat Syot Kilat dan Filem dalam Memori Kamera pada
Telefon Pintar (Lihat di telefon)