Panduan Pengguna
89
Menggunakan Dua Kamera pada Masa yang Sama
(Mod Kamera Berbilang)
. Operasi Skrin Imej Berbilang
• Anda tidak boleh mengkonfigurasi tetapan mod RKM kamera semasa skrin Imej
Berbilang dipaparkan. Untuk mengkonfigurasi tetapan tersebut, sentuh “ ” atau
“ ” bagi memaparkan skrin Imej Tunggal kamera yang tetapan mod RKM anda
mahu untuk dikonfigurasikan dan kemudian sentuh ikon Mod RKM. Untuk
maklumat tentang mod RKM, lihat halaman 40. Selepas anda selesai
mengkonfigurasi tetapan, sentuh “ ” untuk kembali ke skrin Imej Berbilang.
• Anda tidak boleh menukar kualiti filem atau mengkonfigurasi tetapan menu RKM
lain semasa skrin Imej Berbilang dipaparkan. Untuk mengkonfigurasi tetapan
tersebut, sentuh “ ” atau “ ” bagi memaparkan skrin Imej Tunggal kamera yang
tetapan mod RKM anda mahu untuk dikonfigurasikan dan kemudian sentuh
“MENU”. Untuk maklumat tentang menu RKM, lihat halaman 50. Selepas anda
selesai mengkonfigurasi tetapan, sentuh “ ” untuk kembali ke skrin Imej
Berbilang.