User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))

108
Lampiran
. Jaket Kamera
Air, peluh, kosmetik, air minuman dan cecair lain boleh meninggalkan tanda pada
jaket.
Jangan sekali-kali gunakan pencair, benzena, alkohol atau agen serupa lain untuk
membersihkan jaket. Perbuatan itu boleh merosakkan jaket.
Jauhkan jaket daripada sumber haba dan jangan tinggalkan ia di kawasan di mana
ia boleh terdedah pada haba. Haba boleh menyebabkan kerosakan pada jaket.
Gunakan jaket hanya pada model kamera yang ditentukan untuknya.
Jangan sekali-kali membasuh jaket. Perbuatan itu boleh menyebabkan perubahan
bentuk, perubahan warna, warna jaket diserap ke item lain dan kepudaran warna.
Jangan tarik tali dengan kasar. Perbuatan itu boleh menyebabkan ia putus.
. Hak Cipta
Kecuali untuk kegunaan peribadi anda, penggunaan tanpa kebenaran imej
tangkapan gambar atau filem yang haknya dimiliki orang lain, tanpa kebenaran
pemilik yang sah, adalah dilarang oleh undang-undang hak cipta. Dalam sesetengah
kes, penggambaran persembahan, pertunjukan, pameran awam dsb. mungkin
dilarang sama sekali, walaupun ia adalah untuk kegunaan peribadi anda. Tidak kira
sama ada fail tersebut dibeli oleh anda atau didapati secara percuma, menyiarkan
pada laman web, laman perkongsian fail atau mana-mana laman Internet lain atau
mengedar fail kepada pihak ketiga tanpa kebenaran pemilik hak cipta adalah dilarang
sama sekali oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian antarabangsa. Sebagai
contoh, memuat naik atau mengedar imej Internet program TV, konsert langsung,
video muzik dsb. yang ditangkap atau direkod oleh anda mungkin melanggar hak
orang lain. Ambil perhatian bahawa CASIO COMPUTER CO., LTD. tidak
bertanggungjawab terhadap penggunaan produk dalam sebarang cara yang
melanggar hak cipta orang lain atau mencabul undang-undang hak cipta.
Perhatikan bahawa cap dagang
dan cap dagang berdaftar
®
tidak digunakan
dalam teks manual ini.
Logo microSDXC adalah cap dagang SD-3C, LLC.
Microsoft, Windows, Windows Media, Windows Vista, Windows 7 dan DirectX ialah
cap dagang berdaftar atau cap dagang Microsoft Corporation di Amerika Syarikat
dan negara lain.
Macintosh, Mac OS, QuickTime, dan iPhoto ialah cap dagang Apple Inc.
YouTube dan logo YouTube ialah cap dagang atau cap dagang berdaftar Google
Inc.
EXILIM, Photo Transport dan YouTube Uploader for CASIO ialah cap dagang atau
cap dagang berdaftar CASIO COMPUTER CO., LTD.
Semua syarikat atau nama produk lain yang disebut di sini ialah ialah cap dagang
berdaftar atau cap dagang syarikat mereka masing-masing.
Terma berikut, yang digunakan dalam manual ini, adalah cap dagangan berdaftar
atau cap dagangan pemilik mereka yang berkenaan.