User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))
109
Lampiran
Mana-mana dan semua penyalinan, pengedaran, dan pemindahan tanpa kebenaran
bagi tujuan komersial perisian yang disediakan oleh CASIO untuk produk ini adalah
dilarang.
Pemuat Naik YouTube untuk CASIO dan fungsi rakaman YouTube kamera
disediakan bawah lesen yang diberikan oleh YouTube, LLC. Kewujudan kefungsian
muat naik YouTube dalam produk ini bukanlah satu pengendorsan atau perakuan
bagi produk oleh YouTube, LLC.
. Jika lampu belakang kamera mula berkelip merah...
• Suhu sekeliling atau suhu bateri mungkin terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Tanggalkan kabel USB dan tunggu sehingga suhu berada dalam julat pengecasan
yang dibolehkan sebelum mencuba semula.
• Titik sentuh bateri mungkin kotor. Lapkannya dengan kain kering.
• Cuba sambungkan ke port USB komputer lain. Bergantung pada persediaan
komputer anda, anda mungkin tidak boleh mengecas bateri kamera melalui
sambungan USB.
Bateri kamera boleh dicas menggunakan kabel USB dan anda biasanya tidak perlu
menanggalkannya. Jika bateri yang anda gunakan perlu diganti kerana ia telah
mencapai jangka hayat penggunaannya atau anda perlu mengeluarkan dan
memasang bateri atas sebab tertentu, gunakan prosedur di bawah.
• Kamera anda memerlukan bateri ion litium boleh cas semula (NP-80) CASIO untuk
kuasa. Jangan cuba menggunakan sebarang jenis bateri yang lain.
1. Buka penutup bateri.
Masukkan objek nipis yang tajam ke dalam
lubang dalam penutup bateri dan tolak
pelepas penutup ke arah bahagian skrin
monitor kamera. Berhati-hati untuk
mengelak daripada merosakkan kamera
pada masa ini.
Bekalan Kuasa
Mengecas
Jika masalah masih berterusan setelah anda melakukan langkah di atas, ini
mungkin bermakna bateri rosak. Hubungi pusat perkhidmatan sah CASIO terdekat
anda.
Mengeluarkan dan Memasang Bateri
Pelepas
penutup