User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))
36
Tutorial Syot Kilat
1. Dalam mod RKM, putar pengawal zum ke arah zum.
2. Tekan butang pengatup untuk menangkap imej.
• Zum digital dinyahdaya semasa pengecapan masa (halaman 94) dihidupkan.
• Lebih tinggi faktor zum digital, lebih kasar imej yang dirakam. Ambil perhatian
bahawa kamera juga mempunyai fungsi yang membenarkan anda merakam
menggunakan zum digital tanpa kemerosotan imej (halaman 37).
• Penggunaan tripod disarankan untuk mengelak kejadian imej kabur disebabkan
pergerakan kamera semasa menangkap gambar menggunakan telefoto.
• Melakukan operasi zum menukar bukaan kanta.
• Zum digital hanya tersedia semasa rakaman filem. Anda boleh melaras tetapan
zum optik sebelum anda menekan butang pengatup untuk memulakan rakaman
filem.
. Titik Pertukaran Zum Optik dan Zum Digital
Jika anda menekan pengawal zum ke arah z (Telefoto), operasi zum akan berhenti
apabila faktor zum optik sampai ke tahap maksimumnya. Melepaskan sebentar
pengawal zum dan kemudian menekannya kembali ke arah z (Telefoto) akan
bertukar ke zum digital, yang anda boleh guna untuk menetapkan faktor zum yang
lebih tinggi.
• Semasa zum, bar zum pada skrin monitor menunjukkan tetapan zum semasa.
w (Sudut Lebar) : Mengurangkan saiz subjek dan meluaskan jarak.
z (Telefoto) : Membesarkan subjek dan mengecilkan jarak.
w Sudut Lebar z Telefoto
Pengawal zum
Penunjuk kemerosotan imej
Bar zum
Jarak pemfokusan
(Dipaparkan untuk Auto Fokus, Fokus Makro dan
Fokus Manual.)