User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))

38
Merakam Imej Filem dan Audio
Merakam Imej Filem dan Audio
1. Mengkonfigurasi tetapan kualiti untuk filem (halaman 60).
Panjang filem yang boleh anda rakam bergantung pada tetapan kualiti yang anda
pilih.
2. Dalam mod RKM, halakan
kamera pada subjek dan
kemudian tekan [0] (Filem).
Ini akan memulakan rakaman dan
memaparkan Y pada skrin monitor.
Rakaman filem menyertakan audio
monaural.
Sejurus selepas anda menekan
[0] (Filem), kamera akan
memfokus secara automatik pada
subjek di tengah skrin monitor.
Selepas ini, fokus akan ditetapkan
semasa rakaman filem sedang
berlangsung.
3. Tekan [0] (Filem) semula untuk memberhentikan rakaman.
Setiap filem boleh mencecah 29 minit. Rakaman filem berhenti secara
automatik selepas rakaman selama 29 minit. Rakaman Filem juga akan
berhenti secara automatik jika memori menjadi penuh sebelum anda
memberhentikan rakaman filem dengan menekan [0] (Filem).
Merakam dengan BEST SHOT
Dengan BEST SHOT (halaman 42), anda boleh memilih sampel pemandangan yang
sepadan dengan jenis filem yang anda cuba rakam dan kamera akan menukar
tetapannya dengan sewajarnya untuk menghasilkan filem yang indah setiap kali.
Rakaman Filem dinyahdayakan ketika pemandangan BEST SHOT tertentu sedang
digunakan.
Untuk merakam filem
Masa rakaman
Baki masa rakaman
(halaman 122)
[0] (Filem)