User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))
40
Merakam Imej Filem dan Audio
Rakaman Suara membenarkan anda merakam audio sahaja, tanpa syot kilat atau
filem.
• Untuk maklumat mengenai kapasiti Rakaman Suara, lihat halaman 122.
. Merakam audio sahaja
1. Dalam mod RKM, tekan [SET].
2. Tekan [SET] ke arah [8] atau [2] untuk memilih opsyen terbawah
Panel Kawalan (BS) dan kemudian tekan [SET] (halaman 31).
3. Tekan [SET] ke arah [8], [2], [4] atau [6] untuk memilih
pemandangan “Rakaman Suara” dan kemudian tekan [SET].
Ini menyebabkan ` muncul di skrin monitor.
4. Tekan butang pengatup untuk memulakan
rakaman.
• Lampu belakang berkelip hijau semasa rakaman
sedang berjalan.
• Menekan [SET] semasa rakaman akan menyisip
penanda ke dalam rakaman. Semasa main
semula, anda boleh melompat ke penanda dalam
rakaman.
5. Tekan butang pengatup semula untuk
menghentikan rakaman audio.
• Untuk mencipta fail rakaman audio lain, ulangi langkah 4 dan 5.
• Untuk mematikan Rakaman Suara, tekan [SET], tekan [SET] ke arah [8] atau
[2] untuk memilih opsyen teratas Panel Kawalan (Mod rakaman auto), dan
kemudian pilih R (Auto) atau Ÿ (Auto Premium).
• Anda boleh tekan [SET] ke arah [8] semasa rakaman audio untuk togol skrin
monitor hidup atau mati.
• Semasa kandungan skrin monitor dimatikan, memilih pemandangan “Rakaman
Suara” akan menyebabkan skrin monitor mati serta-merta (halaman 11).
Mengenai data audio
• Fail audio boleh dimain semula pada komputer dengan Windows Media Player
atau QuickTime.
– Data Audio: WAVE/IMA-ADPCM (sambungan WAV)
Merakam dan Memainkan semula Audio Sahaja
(Rakaman Suara)
Masa rakaman
Baki masa rakaman