User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))
61
Tetapan Lanjutan
Masuk ke Mod RKM * [MENU] * Tab “Kualiti” * Anjakan EV
Anda boleh melaraskan secara manual nilai pendedahan imej (nilai EV) sebelum
anda merakam gambar.
• Julat Keamatan Pendedahan: –2.0 EV hingga +2.0 EV
• Unit: 1/3 EV
1. Tekan [SET] ke arah [8] atau [2] untuk melaras nilai keamatan
pendedahan.
Untuk membatalkan keamatan pendedahan, tukar nilai EV kepada 0.0.
2. Tekan [SET].
Ini menetapkan nilai keamatan pendedahan. Nilai keamatan pendedahan yang
anda tetapkan kekal digunakan sehingga anda menukarnya atau mematikan
kamera (yang menyebabkan ia kembali ke “0.0”).
• Semasa membuat penggambaran dalam keadaan yang amat gelap atau amat
terang, anda mungkin tidak dapat memperoleh hasil yang memuaskan meskipun
selepas melakukan keamatan pendedahan.
Membetulkan Kecerahan Imej (Anjakan EV)
[8] : Meningkatkan nilai EV. Nilai EV yang
lebih tinggi adalah yang terbaik untuk
subjek berwarna cerah dan subjek
bercahaya latar.
[2] : Mengurangkan nilai EV. Nilai EV yang
lebih rendah adalah yang terbaik untuk
subjek berwarna gelap dan untuk
penggambaran di luar pada hari yang
cerah.