User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))

66
Melihat Syot kilat dan Filem
1. Dalam mod MAIN, tekan [SET] ke arah [4] atau [6] untuk menatal imej
sehingga imej yang anda mahu dipaparkan.
2. Putar pengawal zum ke arah z ([) untuk
mengezum.
Anda boleh menggunakan [SET] (tekan ia ke arah
[8], [2], [4] atau [6]) untuk menatal imej yang
dizum pada skrin monitor. Putar pengawal zum ke
arah w untuk nyahzum imej.
Apabila kandungan skrin monitor dihidupkan,
grafik di bawah sudut kanan skrin menunjukkan
bahagian mana daripada imej yang dizum
sedang dipaparkan.
Untuk keluar daripada skrin zum, tekan [MENU].
Walaupun faktor imej zum maksimum ialah 8X,
saiz imej tertentu mungkin tak membenarkan
pengezuman sehingga 8X.
1. Dalam mod MAIN, putar pengawal zum ke arah
w (]).
Tekan [SET] ke arah [8], [2], [4] atau [6]
menggerakkan sempadan pemilihan di sekeliling menu
imej.
Untuk melihat imej tertentu, tekan [SET] ke arah [8],
[2], [4] atau [6] untuk menggerakkan sempadan
pemilihan ke imej yang anda mahu dan kemudian
tekan [SET].
Mengezum Imej Atas skrin
Memaparkan Menu Imej
Kawasan imej
Kawasan paparan terkini
Faktor zum
Sempadan