User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))

70
Lain-lain Fungsi Main Semula (MAIN)
1. Dalam mod MAIN, tekan [SET].
2. Tekan [SET] ke arah [8] atau [2] untuk memilih ä (Prsmbhn Slaid)
dan kemudian tekan [SET] (halaman 69).
Untuk menghentikan pertunjukan slaid, tekan [MENU]. Menekan [SET] dan
bukannya [MENU] menghentikan pertunjukan slaid dan kembali ke skrin menu.
Laraskan kelantangan audio dengan menekan [SET] ke arah [2] dan
kemudian tekan [SET] ke arah [8] atau [2] semasa main semula.
Semua butang operasi dinyahdayakan semasa pertunjukan slaid sedang
beralih daripada satu imej ke imej lain.
Masa yang diperlukan untuk beralih daripada satu imej ke imej lain mungkin
lebih lama bagi kes imej yang tidak dirakam menggunakan kamera ini.
Memainkan Persembahan Slaid di Kamera (Prsmbhn Slaid)
Mula Mulakan pertunjukan slaid.
Masa
Masa dari mula hingga tamat pertunjukan slaid
1 hingga 5 minit, 10 minit, 15 minit, 30 minit, 60 minit
Selang
Tempoh masa setiap imej dipaparkan
Tekan [SET] ke arah [4] dan [6] untuk memilih nilai daripada
1 hingga 30 saat atau “MAKS”.
Jika anda menetapkan nilai daripada 1 hingga 30 saat, imej
bertukar pada selang yang ditetapkan, tetapi bahagian audio filem
dan syot kilat audio akan terus bermain sehingga tamat.
Apabila pertunjukan slaid sampai ke fail filem semasa “MAKS”
dipilih, hanya bingkai pertama filem akan dipaparkan. Fail
Rakaman Video tidak dimainkan semula apabila “MAKS” dipilih.
Kesan
Hidupkan atau matikan kesan.
Hidup: Hidupkan kesan pertukaran imej dan muzik latar.
Mati: Tiada kesan pertukaran imej dan muzik latar