User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))
87
Menggunakan Kamera dengan Komputer
. Peringatan Main Semula Filem
Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan pada sesetengah model
Macintosh. Jika anda mengalami masalah, cuba yang berikut.
– Tukar tetapan kualiti imej filem ke “STD”.
– Naik taraf ke versi terkini QuickTime.
– Matikan aplikasi lain yang sedang berjalan.
Walaupun main semula yang baik tidak boleh dilakukan pada Macintosh anda, anda
boleh menggunakan kabel AV (EMC-7A) opsyenal yang tersedia untuk bersambung
pada terminal input video TV atau Macintosh dan main semula filem menggunakan
cara itu.
• Pastikan mengalih data filem ke cakera keras Macintosh anda sebelum mencuba
memainkannya. Main semula filem yang baik mungkin tidak dapat dilakukan untuk
data yang dicapai melalui rangkaian, daripada kad memori dsb.