User manual - EXJE10_M29_FA (Malay (macrolanguage))

97
Tetapan Lain (Sediakan)
[MENU] * Tab “Sediakan” * Mati Kuasa Auto
Mati Kuasa Auto mematikan kamera apabila tiada operasi kamera dilakukan untuk
tempoh masa yang telah dipraset.
Tetapan Masa Pemicu: 1 min, 2 min, 5 min (Masa pemicu sentiasa 5 minit dalam
mod MAIN.)
Mati Kuasa Auto dinyahdaya di bawah mana-mana keadaan berikut.
Semasa kamera disambungkan pada komputer atau peranti lain
Semasa persembahan slaid
Semasa “O Penjejakan”
Semasa main semula Rakaman Suara atau rakaman
Semasa rakaman filem dan main semula
[MENU] * Tab “Sediakan” * Video Keluar
Anda boleh menggunakan prosedur dalam bahagian ini untuk memilih sama ada
NTSC atau PAL sebagai sistem output video. Anda boleh juga menentukan nisbah
bidang 4:3 atau 16:9.
Pilih nisbah bidang (4:3 atau 16:9) yang sepadan dengan jenis TV yang anda ingin
gunakan. Imej tidak akan dipaparkan dengan betul jika anda memilih nisbah
bidang yang salah.
Imej tidak akan dipaparkan dengan betul melainkan tetapan output isyarat video
kamera sepadan dengan sistem isyarat video TV atau kelengkapan video lain.
Imej tidak boleh dipaparkan dengan betul pada TV atau kelengkapan video yang
bukan NTSC atau PAL.
Kabel AV (EMC-7A) opsyenal yang tersedia diperlukan untuk output video.
Mengkonfigurasi Tetapan Kuasa Auto (Mati Kuasa Auto)
Memilih Nisbah Bidang Skrin dan Sistem Output Video
(Video Keluar)
NTSC Sistem video yang digunakan di Jepun, A.S. dan negara lain
PAL Sistem video yang digunakan di Eropah dan kawasan lain
4:3 Nisbah aspek skrin TV 4:3
16:9 Nisbah bidang skrin lebar