User manual - EXMR1_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
101
Lampiran
Di dalam tren yang sesak atau lokasi sesak yang lain di mana terdapat
kemungkinan anda berada dalam kawasan yang berdekatan dengan
orang yang memakai perentak jantung, berhenti menggunakan fungsi
wayarles (Tangkapan Jauh, pindahan imej, melihat imej secara
wayarles, dsb) kamera ini, atau matikan kamera. Gangguan radio yang terhasil
kerana fungsi wayarles kamera mungkin menjejaskan operasi perentak jantung.
*
AWAS
. Penyesuai USB-AC
Penyalahgunaan penyesuai USB-AC mewujudkan risiko kebakaran dan kejutan
elektrik. Pastikan anda mematuhi langkah berjaga-jaga berikut.
Jangan sekali-kali tutup penyesuai USB-AC atau kord kuasa dengan
seperai, selimut, atau penutup lain ketika ia sedang digunakan, dan
jangan gunakannya berhampiran dengan pemanas.
Berbuat demikian boleh mengganggu sinaran haba dan
menyebabkan kawasan di sekelilingnya menjadi panas.
Jangan gunakan detergen apabila membersihkan kord kuasa, penyesuai
USB-AC, atau kabel USB (terutamanya palam dan bicu).
Masukkan palam kuasa ke dalam outlet dinding setakat yang boleh.
Cabut palam kuasa daripada outlet dinding sebelum meninggalkan
kamera tanpa pengawasan untuk tempoh yang lama, seperti apabila
pergi melancong, dsb.
Sekurang-kurangnya setahun sekali, gunakan kain atau pembersih
hampagas untuk membersihkan sebarang habuk yang terkumpul pada
hujung palam kuasa dan dalam kawasan di sekitarnya.
(Kord kuasa disertakan bersama kamera anda) Apabila menanggalkannya
dari punca kuasa dinding, jangan tarik pada kord kuasa. Pegang palam kuasa
dan tarik.
. Bateri Boleh Cas Semula
Jika pengecasan bateri tidak berhenti dalam masa pengecasan yang
dinyatakan, berhenti mengecas dan hubungi pusat perkhidmatan sah
CASIO tempatan anda. Berterusan mengecas mewujudkan risiko
pemanasan lampau bateri, kebakaran dan letupan.
Pastikan membaca dokumen pengguna yang disertakan bersama
kamera sebelum mengguna atau mengecas bateri.
Simpan bateri di tempat yang tidak dapat dicapai oleh bayi dan kanak-
kanak. Apabila menggunakan bateri dengan kehadiran bayi dan kanak-
kanak, berjaga-jaga untuk memastikan yang mereka tidak
mengeluarkan bateri daripada kamera.
Jangan tinggalkan bateri berdekatan kawasan yang mempunyai
binatang peliharaan. Binatang peliharaan yang menggigit bateri boleh
menyebabkan kemalangan yang diakibatkan oleh kebocoran bateri,
pemanasan terlampau, atau letupan.
Jika cecair bateri terkena pakaian atau kulit anda, segera basuh dengan
air paip yang bersih. Sentuhan berpanjangan dengan cecair bateri boleh
menyebabkan kerengsaan kulit.
*
AMARAN
+
-
+
+
+
+
-
+