User manual - EXMR1_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
65
Lain-lain Fungsi Main Semula (MAIN)
[p] (MAIN) * [MENU] * Tab “MAIN” * Tampal subjek
Gunakan prosedur berikut untuk menyelitkan imej subjek terbina dalam ke dalam
syot kilat.
1. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih imej latar belakang yang anda
mahu dan kemudian tekan [SET].
Hanya imej yang memenuhi syarat-syarat berikut boleh digunakan sebagai
imej latar belakang.
Syot kilat yang dirakam dengan kamera ini
Syot kilat dengan nisbah aspek 4:3
2. Gunakan [4] dan [6] untuk memilih subjek terbina dalam yang anda
mahu selitkan ke dalam imej dan kemudian tekan [SET].
3. Gunakan [8] dan [2 ] untuk melaraskan saiz subjek.
4. Tekan [MENU].
5. Gunakan [8], [2], [4], dan [6] untuk melaraskan kedudukannya.
Menekan [MENU] semula akan kembali ke skrin pelarasan saiz subjek dalam
langkah 3.
6. Selepas anda mendapat saiz dan posisi subjek yang diingini, tekan
[SET].
Ini akan menggabungkan subjek dan imej latar belakang dan menyimpan hasil
sebagai imej baharu 6 M (2816
x
2112).
Melakukan operasi pemadaman atau pemformatan tidak akan memadam subjek
terbina dalam.
Kualiti imej yang dihasilkan oleh operasi di atas akan merosot sedikit.
Menyelitkan Subjek Terbina Dalam ke dalam Syot Kilat
(Tampal subjek)