User manual - EXMR1_M29_FA (Malay (macrolanguage))

Table Of Contents
73
Menyambungkan Kamera dengan Telefon Pintar
(LAN Wayarles)
6. Selepas memilih imej semua fail yang anda ingin hantar ke telefon
pintar, sentuh “ ”.
Ini akan menghantar imej yang anda pilih ke telefon pintar. Anda boleh lihat imej
yang dihantar dengan “ ”.
Sesetengah model telefon pintar mungkin tidak dapat memainkan semula fail filem.
Bergantung pada model telefon pintar anda, versi sistem pengendaliannya, dan/
atau kapasiti storan yang tinggal boleh menyebabkan kegagalan operasi
penyimpanan filem atau syot kilat. Selepas operasi penghantaran, lakukan operasi
yang diperlukan pada telefon pintar anda bagi memastikan yang filem atau syot
kilat disimpan dengan baik.
Melihat filem yang diterima pada terminal Android:
Harap maklum yang filem tidak dipaparkan oleh Gallery. Filem disimpan dalam
folder yang dinamakan “EXILIM Link”. Pemain filem berasingan diperlukan untuk
main semula filem (yang failnya mempunyai sambungan nama fail MOV).
Bergantung pada pemain filem anda, anda mungkin tidak boleh memainkan filem
dan/atau audio.
Harap maklum bahawa sambungan LAN wayarles antara kamera dan telefon
pintar dikekalkan walaupun semasa apl EXILIM Link itu tidak berjalan pada telefon
pintar atau apabila apl berjalan di latar. Membiarkan sambungan LAN wayarles
berlangsung akan memendekkan hayat bateri kamera dan mengakibatkan kamera
menjadi panas. Tutup apl EXILIM Link dan matikan kamera untuk menamatkan
sambungan LAN wayarles apabila anda tidak menggunakannya.
Menggunakan skrin tetapan Wi-Fi telefon pintar untuk menamatkan sambungan
LAN wayarles akan menyebabkan kamera memasuki tunggu sedia sambungan.
Jika tiada sambungan diwujudkan dalam masa tiga minit, kamera akan kembali
kepada keadaan semasa sebelum sambungan LAN diwujudkan.
Sila maklum bahawa selepas menukar kata laluan LAN wayarles pada kamera,
anda juga perlu menukar tetapan Wi-Fi telefon pintar.
iPhone:
Ketik anak panah kanan di tempat SSID kamera dipaparkan dalam tetapan
Wi-Fi untuk memadamkan tetapan rangkaian. Selepas memadam, pilih SSID
kamera sekali lagi dan masukkan kata laluan baharu.
Terminal Android:
Ketik medan di tempat SSID kamera dipaparkan dalam tetapan Wi-Fi dan pilih
Lupa. Pilih SSID kamera sekali lagi dan masukkan kata laluan baharu.