User manual
45
Merakam Imej Filem
Merakam Imej Filem
1. Mengkonfigurasi tetapan kualiti untuk filem (halaman 56).
Panjang filem yang boleh anda rakam bergantung pada tetapan kualiti yang anda
pilih.
2. Dalam mod RKM, halakan kamera
pada subjek dan kemudian tekan
[0] (Filem).
Ini akan memulakan rakaman dan
memaparkan Y pada skrin monitor.
Rakaman filem menyertakan audio
monaural.
3. Tekan [0] (Filem) semula untuk
memberhentikan rakaman.
• Setiap filem boleh mencecah
29 minit. Rakaman filem berhenti secara automatik selepas rakaman selama
29 minit. Rakaman filem juga akan berhenti secara automatik jika memori
menjadi penuh sebelum anda memberhentikan rakaman filem dengan
menekan [0] (Filem).
Merakam dengan BEST SHOT
Dengan BEST SHOT (halaman 38), anda boleh memilih sampel pemandangan yang
sepadan dengan jenis filem yang anda cuba rakam dan kamera akan menukar
tetapannya dengan sewajarnya untuk menghasilkan filem yang indah setiap kali.
Penstabilan imej semasa rakaman filem
Penstabilan imej sentiasa didayakan semasa rakaman filem. Namun, sila maklum
bahawa penstabilan imej tidak mencegah kekaburan imej disebabkan pergerakan
subjek semasa rakaman filem. Selain itu, penstabilan imej menghasilkan sudut
pandangan yang lebih sempit semasa rakaman filem.
Untuk merakam filem
Masa rakaman
Baki masa rakaman
(halaman 121)
[0] (Filem)