User manual

50
Tetapan Lanjutan
2. Dengan butang pengatup masih ditekan
separuh (yang mengekalkan tetapan fokus),
alih kamera untuk menggubah imej.
3. Apabila anda telah bersedia untuk
menangkap imej, tekan butang pengatup
sepenuhnya.
Kunci fokus juga mengunci pendedahan (AE).
Keadaan rakaman tertentu apabila anda merakam dengan AF (Fokus Auto) atau
kunci fokus Makro boleh menyebabkan kamera bertukar secara automatik kepada
PF (Fokus Pan).
Masuk ke Mod RKM
*
[MENU] * Tab “RKM” * Pengecaman Muka
Apabila menangkap gambar orang, ciri pengecaman muka mengesan sehingga
sepuluh muka individu dan melaras fokus dan kecerahan sewajarnya.
1. Gunakan [8] dan [2 ] untuk memilih “Hidup” dan kemudian tekan
[SET].
2. Halakan kamera pada subjek.
Kamera akan mengesan muka manusia dan
memaparkan rangka di sekeliling setiap muka.
3. Tekan butang pengatup sehingga separuh.
Kamera akan memfokus dan bingkai di sekeliling
muka yang difokuskannya bertukar hijau.
4. Tekan butang pengatup sepenuhnya.
Kamera melakukan fokus berpusat jika ia tidak dapat mengesan muka.
Satu-satunya mod fokus yang tersedia semasa pengecaman muka didayakan
ialah Auto Fokus (AF).
Pengecaman muka mungkin mengambil masa yang lama apabila anda memegang
kamera secara melintang.
Menggunakan Pengecaman Muka (Pengecaman Muka)
Ikon Pengecaman Muka